Aznil, Mawi, Nabil, Kieran Jadi Ninja Turtle!

wayang | Buletin Wayang

Aznil, Mawi, Nabil, Kieran Jadi Ninja Turtle!

addthis kongsi icon

Media Galeri


Teks oleh Haswari Ali
Foto ihsan Star Movies



KUALA LUMPUR, 17 SEPTEMBER 2008:   Bakat serta kredibiliti selebriti tempatan nampaknya semakin mendapat tempat di hati beberapa saluran antarabangsa untuk menjayakan penerbitan filem bertaraf box-office di negara ini.


Sempena tayangan perdana filem animasi dwi bahasa, Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) yang akan disiarkan pada 28 September ini, saluran Star Movies (Astro, Saluran 413) mengambil peluang keemasan ini dengan menggunakan suara beberapa selebriti popular bagi versi Bahasa Melayu filem berkenaan.


Mereka adalah, Mawi, Aznil, Kieran dan Nabil Raja Lawak yang masing-masing memegang watak sebagai Leonardo, Raphael, Donatello dan Michelangelo iaitu 4 wirawan penyu menerusi animasi superhero kegemaran ramai ini. Turut membantu bagi menghangatkan lagi filem ini ialah jelitawan Sarimah Ibrahim yang memegang watak April O'Neil, manakala temannya, Casey pula meminjam suara Dafi.


TMNT versi Bahasa Melayu turut memperlihatkan kehandalan pelakon veteran Salih Yaccob yang akan menggunakan suara terlatihnya untuk menyuarakan watak Splinter, To Guru bijaksana bagi wira penyu-penyu tersebut.


Sementara itu, penyanyi sensasi Zahid AF2 akan menyelami watak gelap sebagai Max Winters yang kejam manakala Ekin pula memegang watak Karai, ketua pasukan Foot Clan yang kekal setia terhadap Winters.


Suara-suara terkenal lain termasuklah Dato' Jalaludin Hassan sebagai pencerita filem TMNT dan penampilan istimewa daripada Edlin (AF2), Zizan (Raja Lawak), Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Shawal, Nubhan, Awal Ashaari dan ramai lagi. 


Akan ditayangkan buat pertama kalinya pada 28 September ini, jam 10 malam TMNT mengisahkan 4 penyu pencinta pizza - Leonardo, Raphael, Donatello dan Michelangelo, bergabung semula kala Max Winters adalah seorang usahawan jahat yang menghidupkan sekumpulan tentera yang terdiri daripada raksasa purba.
 

Turut sama dalam perjuangan mereka kali ini adalah sahabat lama kumpulan penyu tersebut, April O'Neil dan Casey Jones.


Ulangan TMNT dwi bahasa, Melayu dan Inggeris akan ditayangkan pada 11 Oktober 2008, jam 11 malam, 12 Oktober (3.15 petang), 16 Oktober (9.30 malam), 25 Oktober (1.15 petang), 28 Oktober (9.30 malam) dan 10 November (1.20 petang).


[KLIK DI SINI UNTUK MENONTON TRAILER TMNT]


Berikut adalah 3 pemenang bertuah peraduan TMNT yang dianjurkan murai.com.my dengan kerjasama Star Movies. Kesemua pemenang berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama pelakon suara TMNT sempena sidang media dan majlis berbuka puasa di Hotel Le Meridian, Kuala Lumpur, hari ini.


1. Mohamad Ismail Ali, Kajang, Selangor
2. Nur Izzati Rabbiah Idris, Banting Selangor
3. Hidayat Marzuki, Jinjang Utara, Kuala Lumpur


Komen-Komen | 11
Hantar Komen Anda
keluar paper harian metro 22/09/2008...citer pasal nabil & aweksnya....luv u
AYU - 22-Sep-2008

nabil dah ada aweks la...semoga berbahagia selmanya...luv u ...
ayu - 22-Sep-2008

Mas Kieran jadi Ninja Turtle dr Jawa Banting ke. kakakakakaka, mesti syiokkk!!
Pheww! - 22-Sep-2008

Kenapa mata Pak Nil kecik sebelah, haaa, botox eekkkk... apapun Nicholas Saputra yg baju biru tu kacaknyer...
Penyu - 22-Sep-2008

Muke diorang pun dah macam turtle dah..... ape2 pun gud lak.....terutama kepada pak nil.....makin tua makin menjadi n laku.. cayalah.....tahniah kepada suara2 ninja ....bouy
070881 - 20-Sep-2008

1 2 3