www.murai.com.my : Jom Cuba Asam Pedas Linda Onn!



ramadan & raya murai | menu r&r

Jom Cuba Asam Pedas Linda Onn!


Media Galeri


Foto oleh Bonie


Lokasi: My Asam Pedas Shop (berhampiran Tesco, Ampang)
Waktu operasi: 11 pagi - 11 malam (setiap hari)
Tempahan: 03-9200 9999



Kalau sebelum ini dia digelar Tauke Nasi Ayam, tapi kini deejay popular Radio Era, Linda Onn memburu satu lari gelaran iaitu Tauke Asam Pedas pula. Sekurang-kurangnya kalau Linda tidak sempat pulang ke Johor untuk menikmati Asam Pedas ibunya, Hajah Saadiah Khamis, 60, dia boleh melepaskan rindu di restoran miliknya itu.


Kini restoran My Asam Pedas Shop yang berlokasi di berhampiran Pasaraya Tesco, Ampang itu sedia menerima kunjungan tetamu terutama di sepanjang bulan puasa ini. Ia mula beroperasi sejak 2 bulan lalu.


Apa yang menarik, bukan setakat sejenis ikan, pengunjung boleh memilih beberapa seleksi ikan yang kemudiannya dimasak sebagai resipi Asam Pedas yang disediakan.


Pilihlah sama ada ikan kembung, pari, merah, jenahak, tenggiri atau merah, semuanya bakal memenuhi citarasa Asam Pedas Asli  Johor yang sungguh enak dan menyelerakan.


Menurut Linda, setiap ikan memerlukan cara masakan yang berbeza dan ia boleh disedapkan lagi dengan tambahan dedaun kesom, bunga kantan mahupun serai kampung.


"Saya sendiri suka Asam Pedas Ekor Ikan Merah ataupun Asam Pedas Ikan Sembilang. Selain itu saya akan minta bersama Sotong Bakar Sambal, Kacang Panjang Goreng dan Rojak Petis. Itu memang sudah menjadi kemestian saya kalau datang ke sini," katanya.


Tambah Linda, sukar untuknya melupakan resipi Asam Pedas Johor yang dimasakkan oleh ibunya selain dengan cara membuka sendiri Asam Pedas Shop sebagai menghargai kehebatan resipi ibu kesayangannya itu.


Jelas Linda, bagi memastikan resipi Asam Pedas ibunya itu terpelihara, ibunya sendiri diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan berkenaan sekali gus dapat mengekalkan citarasa sebenar.


"Sebenarnya idea membuka restoran ini datang dari emak saya sendiri. Apabila berpindah ke Kuala Lumpur, dia asyik cakap tak ada kerja. Jadi dengan adanya restoran ini, dia boleh menjaganya dan tidak berasa bosan lagi," katanya.


Jelas Linda, setiap hari dia akan bertandang ke restoran barunya itu termasuk 3 cawangan restoran My Mom's Chicken Rice yang beroperasi di sekitar Lembah Klang. Jadi mana tahu jika anda berpeluang bertembung bahu dengan Linda apabila berkunjung ke sini.


Selain Asam Pedas, My Asam Pedas Shop turut menyediakan hidangan Mi Bandung, Ayam Goreng Kampung dan Air Sirap Bandung yang memiliki citarasa masyarakat Johor sebenar.


Malah sepanjang bulan Ramadan ini, My Asam Pedas Shop turut menyediakan set berbuka puasa khas yang terdiri daripada hidangan Asam Pedas serta menu sampingan lain untuk santapan berbuka puasa.


Set Ramadan MAPS ( 2 Orang - RM35)


* 2 pinggan Nasi Putih
* 2 ketul Asam Ikan Pari
* 1 pinggan Kacang Panjang Goreng
* 1 biji Telur Asin
* Ulam ulaman dan Sambar Belacan
* 2 gelas Air Sirap Selasih/ Kacang Soya
* 2 mangkuk Bubur Cha Cha / Bubur Kacang


Set Ramadan MAPS (4 orang - RM80)


* 4 pinggan Nasi Putih
* 2 ketul Asam Ikan Pari
* 400 gram Sotong Bakar
* 1 pinggan Kacang Panjang Goreng
* 1 pinggan Rojak Petis
* 1 set Otak-Otak
* 2 biji Telur Asin
* Ulam ulaman dan Sambal Belacan
* 1 jug Air Sirap Selasih/  Kacang Soya
* 4 mangkuk Bubur Cha Cha/ Bubur Kacang


Set Ramadan MAPS (6 orang - RM129)


* 6 pinggan Nasi Putih
* 3 ketul Asam Ikan Pari
* 600 gram Sotong Bakar
* 2 ketul Ayam Goreng Berempah
* 1 pinggan Kacang Panjang Goreng
* 1 pinggan Rojak Petis
* 1 set Otak-otak
* 3  biji Telur Asin
* Ulam ulaman dan Sambar Belacan
* 2 jug air Sirap Selasih / Kacang Soya
* 6 mangkuk Bubur Cha Cha / Bubur Kacang.



Komen-Komen | 8

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





linda tak nak buke restoran kat balakong ke? tak pun kat mines shopping cter ke, kat jusco ke..
maria - 8-Sep-2008

Bagus Linda Onn ni, ada vision dlam perniagaan. Patut dicontohi artis lain.
Kamil - 7-Sep-2008

Kak Linda, buat ler promosi special utk fans, atau kasi diskaun % kat kira owng.
Ramziah - 7-Sep-2008

Emmm.....Macam ner lah nak cuba makan direstoran kak Lynn niii...
Adik Nurul - 6-Sep-2008

Kita orang dah cuba, sedaplah.
Yusra - 6-Sep-2008