www.murai.com.my : One Nation Emcees Juara Gangstarz 2!



berita | tempatan

One Nation Emcees Juara Gangstarz 2!



Teks oleh Haswari Ali


SHAH ALAM,  24 OGOS 2008:   Kumpulan hip hop Malaysia, One Nation Emcees dinobatkan sebagai juara GangStarz Ke-2 (GS2) pada pertandingan peringkat akhirnya yang diadakan di Stadium Malawati, di sini, sebentar tadi.


Dianggotai Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae), Shamimi Amalina Norhisham (Mimi), Mohd Norzaidi Edris (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe),  mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM330,000 (AS$100,000) selain  kontrak bersama syarikat rakaman.


Bersandarkan persembahan penuh betenaga dengan kekuatan muzik hip hop bercitarasa Asia, One Nation Emcees berjaya mencuri perhatian 4 juri profesional dengan mengumpul jumlah bintang tertinggi berbanding 4 kumpulan lain.


Pada acara secara langsung yang turut jatuh pada majlis penutup Sukan Olympik 2008 di Beijing itu, One Nation Emcees menampakkan kesungguhan dengan persembahan madley Give It To You, Kuda Hitam, Madu & Racun, Don't Phunk With My Heart dan juga kolaborasi bertenaga bersama Jefrydin menerusi lagu Mas Mona dan Kenanganku.


Selain itu, One Nation Emcees turut menerima RM10,000 dan percutian ke Bali atas kejayaan mereka menerima undian terbanyak sepanjang 4 bulan GS2 berlangsung.


Pertandingan akhir GS2 yang disiarkan secara langsung selama 2 jam 30 minit itu dihakimi 4 juri iaitu 2 juri tetap - Ajai dan Sheikh Haikel manakala dua lagi adalah juri undangan, Syafinaz Selamat dan Audie Gemora dari Filipina.


Talian undian final GS2 telah dibuka sejak Isnin lalu sehingga malam semalam. Selain undian 50 peratus daripada SMS dan talian tetap, peserta turut dinilai menerusi kreativiti persembahan oleh juri tetap.


Kemuncak GS2 dihoskan oleh gandingan Faizal Tahir dan Farah Fauzana serta turut dimeriahkan dengan persembahan juara musim pertama, The Lima dan kehadiran kumpulan Matta yang menghiburkan penonton dengan lagu Play Boy dan Ketahuan.


GS2 memperlihatkan kejayaan 5 peserta akhir, iaitu D'reborn dari Indonesia, Paragon Child dan 3.5 (Filipina) serta wakil Malaysia, Akasia selain One Nation Emcee yang membuktikan keupayaan masing-masing apabila mengetepikan saingan 7 lagi kumpulan dari 5 negara termasuk Singapura dan Thailand sejak pusingan awal Mei lalu. 

Komen-Komen | 40

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





alhamdulillah.....juara gak one emcees..xsia2 kdit sue abis vote korg...caya lahh...tabikk...!! best laa,,t tayangkan laa ulangan last konsert GangStarz kt tv..xpuas arr....
''sue'' - 2-Sep-2008

wei..kalo dah kalah terimalah jgnlah ckp lagu org kampungan..dah sah2 lagu sendiri kampungan pandai plak ckp org lain..hidup ONE...MALAYSIA BOLEH, sedar2 kalau tak puas hati nyanyi sendiri jgn sengau sudalah...
nina - 30-Aug-2008

x sia2 sya undi,tahniah kepada u all...hidup SABAH....utk kak mimi sya minat dng cara kak menari...apa pun sya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YG KE51DAN SELAMAT BERPUASA..take...
geey - 30-Aug-2008

sya bkn x suka indo...i like indo song. tp kadang2 lagu mereka n suara penyanyi mrka nk sama jea...One nation mc very best...biar lh org indo nk ckp apa pun...lagu kampung diaorg ckp...sebenarnya dia org x tahu pasal muzik n hip hop...
baby - 30-Aug-2008

ONE NATION EMCEES RAWKS!!! They deserve to win!!
hafizcoo7 - 30-Aug-2008