www.murai.com.my : Maya, Ali Selamat Bernikah Di Bellagio



berita | luar negara

Maya, Ali Selamat Bernikah Di Bellagio


Media Galeri


Teks oleh Haswari Ali
Foto Kidchan Studio



BELLAGIO, ITALI,  15 OGOS 2008:
    Pelakon, penyanyi dan pengacara jelita, Maya Karin Roelcke, 28, akhirnya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose, 38, tepat jam 5 petang waktu tempatan (waktu Malaysia 11 malam) semalam, 14 Ogos.


Maya dan Ali dinikahkan oleh imam yang berasal dari Algeria, Imam Abdullah, bertempat di  Villa Corte de Lago, yang terletak berhampiran dengan pusat peranginan terkemuka, Lake Como dengan bersaksikan 60 anggota keluarga terdekat dan sahabat karib.


Maya yang mengenakan fesyen pengantin rekaan Syaful Bahrim dan disolek oleh Khir Khalid dari Kuala Lumpur, kelihatan sungguh anggun dan gembira. 


Antara rakan selebriti yang hadir menyaksikan upacara itu adalah pengarah Shuhaimi Baba, Kavita Kaur Sidhu, Yasmin Yusoff dan Jeslina Hashim.


Sebelum ini, majlis pendaftaran nikah secara sivil telah diadakan pada 9 Ogos lalu juga di Itali. 


Mengimbas detik pertemuan mereka, Maya dan Ali mula dipertemukan kira-kira 7 tahun lalu ketika selebriti berdarah campuran Melayu-Jerman itu, masih lagi bergelar hos untuk rancangan TV, Wavelength. 


Ali pula ketika itu mengajar sebagai guru matematik di Garden International School yang secara kebetulan guru kepada adik Maya, Sarah. Ketika ini Ali mengajar di Alice Smith School, Seri Kembangan.


Maya berkata, suaminya itu menunjukkan kesungguhan untuk mendalami Islam dan akhirnya memeluk agama yang suci itu sejak 4 tahun lalu.  Mulai  2 tahun lalu, barulah mereka sama-sama merancang kehidupan sebagai suami isteri.


Pasangan itu dijadual mengadakan majlis resepsi dalam taman bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor, pada 29 Ogos ini.


Maya baru saja memenangi gelaran Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) menerusi lakonannya dalam Anak Halal. Dia akan membintangi sebuah lagi filem arahan Osman Ali berjudul Pisau Cukur bersama Fazura tidak lama lagi.


Komen-Komen | 60

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





o.k ar tu maya 'cuz kan ke nabi galakkn kita cari husband yg tua 10 thn pd kita.
FANA - 27-Aug-2008

selamat pengantin baru semuga bahagia selalu hingga ke akhir hayat.
martina - 27-Aug-2008

Maya nampak simple & elegant. Congrats!!
ORIXX - 24-Aug-2008

happy forever yours...
nor - 24-Aug-2008

Semoga Maya & hubby dpt anak ramai!!!!!! keluarga besar n happy forever!!!! - peminat duyung
DuyungFan - 23-Aug-2008