Isu-Isu 90:10 Yang Dibangkitkan

muzik | Buletin Muzik

Isu-Isu 90:10 Yang Dibangkitkan

addthis kongsi icon


Teks Oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR,  13 Ogos 2008:   Banyak isu yang disentuh penggiat muzik tanah air berhubung Isu 90:10 yang dibangkitkan di dalam perhimpunan khas di PWTC, semalam. Ia sedikit sebanyak telah membuatkan suasana dalam perhimpunan itu agak panas dan beremosi. 


Berikut adalah antara isu yang telah dibangkitkan di dalam perhimpunan itu.


1. Mempersoalkan tindakan sebuah stesen radio swasta Melayu yang terlalu kerap memutarkan lagu dari seberang tanpa memberi ruang yang sama terhadap lagu anak seni tempatan.


2. Mempersoalkan tindakan beberapa deejay radio tempatan tersebut dilaporkan sanggup terbang ke Jakarta untuk membeli pelbagai lambakan cakera padat (CD) daripada penyanyi atau band muzik Indonesia.


3. Sebuah akta harus diwujudkan dengan menetapkan kuota 90%  lagu tempatan serta 10% lagu asing bagi setiap stesen radio tempatan khususnya milik swasta.


4. Memberikan saranan supaya lagu seberang tidak dicampuradukkan dengan lagu tempatan ketika ia diputarkan di radio. Harus memiliki satu segmen yang khusus untuk memainkan lagu-lagu luar negara ini.


5. Mempersoalkan tindakan sebuah syarikat telekomunikasi yang sanggup menaja konsert dari seberang secara besar-besaran sedangkan peluang sukar untuk diberikan kepada anak tempatan.
 

6. Mempersoalkan tindakan pihak stesen televisyen seperti TV3 yang kerap menganjurkan konsert percuma menerusi acara Jomheboh. Kesannya, masyarakat lebih suka melihat konsert artis tempatan secara percuma.


7. Mempersoalkan tindakan pihak stesen televisyen yang terlalu kerap menayangkan bahan-bahan cerita dari negara luar tanpa mengutamakan produk tempatan sendiri.


8. Mempersoalkan tindakan beberapa produser filem yang gemar memuatkan lagu karya Indonesia dalam album runut bunyi (soundtrack) mereka. Sekalipun ia dibawakan semula penyanyi tempatan kita, apakah tindakan itu sebagai sesuatu yang perlu?


9. Meningkatkan tahap pendidikan masyarakat yang masih tidak dapat memahami kesan utama di sebalik terhadap isu serta permasalahan ini (kebanjiran lagu-lagu luar).


10. Memandangkan industri muzik tanah air terjejas dengan teruk, kebanyakan artis tempatan disaran supaya menggunakan kaedah format digital untuk meneruskan kegiatan seni mereka.


11.  Mempersoalkan kredibiliti Senator Datuk Jins Shamsudin kerana gagal berupaya membantu penggiat seni muzik  mendapatkan hak mereka serta menyelesaikan permasalahan ini.


 

Komen-Komen | 21
Hantar Komen Anda
lagu indon lg best
realiti - 25-Aug-2008

artis malaysia yang memprotes adalah bukan berjiwa perwira,tewas tp xnk bngkit.. nk gna taktik yg xmacho dgn menyekat lagu luar.. klau lagu best akn famous gk cnth lagu2 cptaan Edry KRU dan Ajai.. tetap gah smpai skrg..
860110-03-5555 - 25-Aug-2008

ikut firasat aku lah yerk... stesen radio ni kena slalu ulang lagu-lagu m'sia... klu diulang slalu yg x sedap trs jd sodap didengar.. klu x caya cuba la try...
miow - 14-Aug-2008

artis msia nak glamor n syok sendiri bukan nak blaja tgk market.xde halwa telinga
iman1806 - 14-Aug-2008

artis msia ni nk glamor je lebih blajar x nak...cube2 la buat reseach halwa telinga org nak yang camne
gerammm - 14-Aug-2008

1 2 3 4 5