www.murai.com.my : Tuah Bayi Lelaki Awie 08.08.08



berita | tempatan

Tuah Bayi Lelaki Awie 08.08.08



Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2008
:  Tanggal 8.8.2008  hari ini sememangnya membawa tuah kepada penyanyi serta pelakon Awie atau Ahmad Azhar Othman, 40.


Pada hari inilah dia telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Putra Ahmad Rezzki yang seberat 3.6 kilogram telah dilahirkan dengan selamatnya di Hospital Ampang Puteri, Selangor pada jam 9.46 pagi tadi.


Ini adalah cahaya mata ke-4 buat Awie selepas memperolehi Puteri Aleeya Antasha, 8, dan Puteri Aleefa Antasha, 5, serta Putera Ahmad Merah, 1 tahun 4 bulan.


Aleeya dan Aleefa adalah hasil perkahwinanya bersama bekas isteri terdahulu, Arni Nazira Anwar, 31, manakala Merah dan Rezzki pula menerusi perkahwinan keduanya dengan model Rozana Misbun yang juga adik kepada aktres Haliza Misbun.


Ketika dihubungi murai.com.my, Awie yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan dengan kehadiran cahayamata barunya itu berkata, dia sendiri tidak menyangka bahawa anak keempatnya itu akan dilahirkan pada 8.8.08.


"Waktu saya menghantar isteri saya membuat check-up, doktor ada menjangkakan bahawa anak itu itu berkemungkinan akan lahir pada tanggal 7 atau 8 Ogos. Tapi, bila tarikh kelahiran semakin dekat, hati ini selalu berkata bahawa dia akan lahir pada 8 haribulan.


"Akhirnya, bila saya menghantar isteri ke hospital kira-kira pada jam 11 malam tadi, dia sudah mula mengadu sakit-sakit. Pada jam 6 pagi, doktor membawa dia ke bilik kelahiran.


"Tepat pada jam 9.46 pagi, Putera Ahmad Rezzki dilahirkan secara normal. Semuanya berlaku tanpa dirancang tetapi sempurna. Saya tidak mengharapkan apa-apa dengan tarikh kelahirannya yang dianggap cukup istimewa ini, cuma saya suka dengan susunan angkanya yang cantik.


"Semua ini adalah rezeki dan pemberian daripada Allah SWT. Sesuailah dengan namanya yang telah saya pilih sebelum kelahirannya lagi. Apa yang lebih penting, dia dan isteri saya, Rozana sudah  selamat dan berada dalam keadaan yang cukup baik dan sihat," kata Awie dalam nada yang sungguh ceria.

 

 

Komen-Komen | 27

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





syukur kpd Allah,apa yg berlaku kpd awie selama ini mgkin ada hikmahnya.rezeki yang diberi kpd awie bgtu murah skali.sya doakan awie akan lebih menghargai isteri yg dicintainya itu
kak fieda - 21-Aug-2008

tahniah yah!! moga murah rezeki lg k bro..
yoe - 15-Aug-2008

tahniah!
szn78 - 15-Aug-2008

taniah abg awie....
bunga lest - 14-Aug-2008

alhamdulillah, semoga awie bahgia dgn kehidupan dia sekarang
akak - 13-Aug-2008