www.murai.com.my : Fasha Nafi Mulut Lancang, Maki Hamun!



berita | tempatan

Fasha Nafi Mulut Lancang, Maki Hamun!


Media Galeri

Teks oleh Ellyna Ali
Foto & Video oleh Thani Hasbullah



KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2008:   Kalau diperhatikan, agak luar biasa kehadiran wartawan ke sidang media Akukah Tanggang yang dihadiri pelakon Fasha Sandha di Restoran Ole-Ole, Bali, Sunway Pyramid, petang semalam.


Selain wartawan hiburan yang biasa membuat liputan, beberapa pengarang daripada media berpengaruh turut kelihatan.


Ironinya, difahamkan, mereka bukanlah hendak menulis cerita tentang pelakon itu sebaliknya hendak bersemuka dengannya berhubung beberapa isu dan gosip seperti bermulut lancang, mengada-ngada dan suka berdolak-dalik.


Antara yang kelihatan termasuklah Nizam Kring Kring (Pancaindera), Abie Abdullah (Metro Ahad), Hafidah Samad (NST), Tengku Khalidah Tengku Bidin (Kosmo!), Ramlah Zainal (Harian Metro) serta Haji Saharudin Musthafa (Utusan Malaysia).


Apa yang diperhatikan sekarang, Fasha yang dulunya dianggap Darling dalam dunia hiburan kini melalui pelbagai reputasi yang keji gara-gara pelbagai gosip yang 'diciptanya' sendiri.

 
Antaranya, dia dikatakan merosakkan hubungan percintaan orang lain, mengganggu rumah tangga rakan artis, suka bertukar-tukar pasangan, kuat mabuk, mengajar wartawan cara-cara menulis berita dan terbaru, memaki hamun wartawan serta editor gara-gara melenting dengan gosip cinta.


Jadi semalam, di depan wartawan, Fasha disoal bertubi-tubi tetapi dia tetap menafikan apa yang berlaku walaupun ada ketikanya dia kelihatan tergamam. Sesekali, dia masih masih tersenyum dan ketawa kecil.


Berikut antara jawapan Fasha:


A) Berhubung gosip menjadi punca perpisahan pelakon Nora Danish dan Rizal Ashram...


"No comment. Bla, bla bla..." [Video 1]


B) Berhubung akan digam akhbar dan majalah arus perdana gara-gara sikap mulut lancang dan berdolak-daliknya...


"Oh ye ke? No comment, sebab saya tak tahu. Belum ada official letter, belum ada black & white setakat ni. Bla, bla, bla..." [Video 2]


C) Berhubung carutkan wartawan hiburan...


"Carutkan? Demi Allah saya tak pernah melakukan demikian, sebab saya seorang yang berfikiran dan ada perasaan. Tapi apabila ada orang mengaibkan keluarga saya, saya akan stand for my family and my right. Bla, bla, bla..." [Video 3]


D) Berhubung pihak istana menolak hubungannya dengan 'Tunku I'...


"Itu saya kurang pasti, no comment. Bla, bla, bla..."


E) Berhubung komen ibunya dalam akhbar tabloid yang mengesahkan dan merestui hubungannya dengan 'Tunku I'...


"Ibu saya tak pernah buat statement tu. Ia tidak benar (fitnah), bla, bla, bla..." [Video 4]

 

Komen-Komen | 204

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





tak baik u all tuduh fasha macam ni. kesian dia. dia tak bersalah tau. for me she is still the best dalam industri. entah-entah gosip ti cuma komplot nak jatuhkan dia. psl lah i takkan mudah percaya dan termakan dengan cerita2 macam ni.
babygee - 25-Jul-2008

wow!!!! ramai sey xske fasha sandha jom la tubuh kan fan club spe yg xske or anything about fasha masuk dlm fan club nme fan club tu "I HATE FASHA SANDHA" ok x?????? heheeee
SinCaN - 25-Jul-2008

korang semua dengki dgn fasha. sebab dia cantik dan dapat kawan dengan anak raja. wartawan pun dengki. tak kuasa i dengan u all. pls jangan ganggu my idol n my fav actress.
intan - 25-Jul-2008

PEREMPUAN NI MMG X PANDAI JAGA HATI ORANG.. PRESS MENAIKKAN NAMA DIA..PASTU BUAT X LAYAN PRESS.. X YAH LA SOKONG PEREMPUAN NI LAGI !! RAMAI LG ARTIS PEREMPUAN YG CANTIK DAN BERBAKAT..CTH AINUL AISHAH, FAZURA,IRMA HASMIE & FOUZIAH GHOUS.. TOL X?
perempuan - 25-Jul-2008

eeeeiiiii....menyampah wei ngn perangai die nie.
sassy girl - 25-Jul-2008

fasha ni artis plastik..tau la pelakon dan selalu bawa watak baik..tp jgn sesekali nk BERLAKON BAEK.. klu kite tu x baik.. sape stuju???
anti fasha - 25-Jul-2008

bila la fasha sandha nk berubah ?? asyik menyusahkn ramai org jer..hrp muka je market..bkat biasa2 jer..klu dah asyik no comment x yah la jd artis..jd model suara angsa dah laaa.. pastu dah la rosakkan rumah tangga org.. insaf lah..pastu sexy plak tu...huhuhu
zar - 25-Jul-2008

Sebagai seorang peminat yang tidak pernah putus 2menyokong k.fasha sandha dari berlakang,adik berdoa agar k.fasha sandha tabah menghadapi masalah yang pernah dan telah menimpa kepada kak fasha sandha...Kak Fasha sandha walaupun kita menghadapi masalah dan dugaan yang teruk,jangan lupa bahawa allah s.a.w sentiasa bersama ummatnya....Jaga diri....
Adik Nurul - 25-Jul-2008

Sesuai sangat la No Komen. Sure tak tau apa nak cakap. Biasa la dah kaki penipu. Tak malu ke...eei.. Apa le bodohnya nak mintak official letter kalau kena Ban. Kesian kan Padan muka. Harap harap press-press kita jangan le terpedaya dgn Artis bergelar Fasha Sandha. Ban ban nanti tulis gak citer pasal dia. Kan ke malu sendiri. Dia jugak yg megah nanti.
SuaraKepik - 25-Jul-2008

Cantik nyer senyuman plasticman Fasha Sandha kan?
TingTong - 25-Jul-2008