Fasha Nafi Mulut Lancang, Maki Hamun!

berita | Tempatan

Fasha Nafi Mulut Lancang, Maki Hamun!

addthis kongsi icon

Media Galeri

Teks oleh Ellyna Ali
Foto & Video oleh Thani Hasbullah



KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2008:   Kalau diperhatikan, agak luar biasa kehadiran wartawan ke sidang media Akukah Tanggang yang dihadiri pelakon Fasha Sandha di Restoran Ole-Ole, Bali, Sunway Pyramid, petang semalam.


Selain wartawan hiburan yang biasa membuat liputan, beberapa pengarang daripada media berpengaruh turut kelihatan.


Ironinya, difahamkan, mereka bukanlah hendak menulis cerita tentang pelakon itu sebaliknya hendak bersemuka dengannya berhubung beberapa isu dan gosip seperti bermulut lancang, mengada-ngada dan suka berdolak-dalik.


Antara yang kelihatan termasuklah Nizam Kring Kring (Pancaindera), Abie Abdullah (Metro Ahad), Hafidah Samad (NST), Tengku Khalidah Tengku Bidin (Kosmo!), Ramlah Zainal (Harian Metro) serta Haji Saharudin Musthafa (Utusan Malaysia).


Apa yang diperhatikan sekarang, Fasha yang dulunya dianggap Darling dalam dunia hiburan kini melalui pelbagai reputasi yang keji gara-gara pelbagai gosip yang 'diciptanya' sendiri.

 
Antaranya, dia dikatakan merosakkan hubungan percintaan orang lain, mengganggu rumah tangga rakan artis, suka bertukar-tukar pasangan, kuat mabuk, mengajar wartawan cara-cara menulis berita dan terbaru, memaki hamun wartawan serta editor gara-gara melenting dengan gosip cinta.


Jadi semalam, di depan wartawan, Fasha disoal bertubi-tubi tetapi dia tetap menafikan apa yang berlaku walaupun ada ketikanya dia kelihatan tergamam. Sesekali, dia masih masih tersenyum dan ketawa kecil.


Berikut antara jawapan Fasha:


A) Berhubung gosip menjadi punca perpisahan pelakon Nora Danish dan Rizal Ashram...


"No comment. Bla, bla bla..." [Video 1]


B) Berhubung akan digam akhbar dan majalah arus perdana gara-gara sikap mulut lancang dan berdolak-daliknya...


"Oh ye ke? No comment, sebab saya tak tahu. Belum ada official letter, belum ada black & white setakat ni. Bla, bla, bla..." [Video 2]


C) Berhubung carutkan wartawan hiburan...


"Carutkan? Demi Allah saya tak pernah melakukan demikian, sebab saya seorang yang berfikiran dan ada perasaan. Tapi apabila ada orang mengaibkan keluarga saya, saya akan stand for my family and my right. Bla, bla, bla..." [Video 3]


D) Berhubung pihak istana menolak hubungannya dengan 'Tunku I'...


"Itu saya kurang pasti, no comment. Bla, bla, bla..."


E) Berhubung komen ibunya dalam akhbar tabloid yang mengesahkan dan merestui hubungannya dengan 'Tunku I'...


"Ibu saya tak pernah buat statement tu. Ia tidak benar (fitnah), bla, bla, bla..." [Video 4]

 

Komen-Komen | 204
Hantar Komen Anda
dasar PENIPU..!! ha Ha ha..
920604 - 12-Sep-2009

fasha byk buat hal dgn artis...byk2 la bertaubat yer fasha..terus terang sy ckp,sy lgsg x sukekan awk!!!wlaubagaimanapun,lakonan awak bez..lakonan saje k,jgn perasan plak
era90 - 2-Jan-2009

Fasha..org dah tak minat ko lagi. Takyah berlakon lagi..ramai tak sokong ko lg.Please quit from this industry
Ina - 8-Aug-2008

Fasha ni jenis tak reti segan kot? Jngan fikir kelembutan kita dpat menutup perangai kita yang tidak baik. Semoga Fasha lebih hati-hati.
Gurumasak - 8-Aug-2008

You should be ashamed of yourself Fasha.. Looks like you are the culprit! Home-wrecker! What next?
Faith - 8-Aug-2008