wayang | reel ayie - tempatan

Sepi Begitu Menyentuh Hati

10-Jul-2008 | Oleh: Ellyna Ali

Media Galeri


Sorotan  oleh Ellyna Ali


Judul:  Sepi
Terbitan:  Alternate Studio & Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB)
Penerbit:  Ahmad Puad Onah
Pengarah:  Kabir Bhatia
Lakonlayar:  Ara & Mira Mustaffa
Pelakon:  Afdlin Shauki, Vanidah Imran, Nasha Aziz, Tony Eusoff, Eja, Riezman Khuzaimi, Baizura Kahar, Pierre Andre, Syed Hussein
Genre: Romantik/ Drama
Klasifikasi: Umum [U]


Sekali Imbas


Sebuah lagi filem arahan Kabir Bhatia yang meruntun jiwa dan perasaan anda. Sepi mungkin tidak sebaik atau sehebat Cinta, namun ia masih mempunyai kekuatannya sendiri.


Ulasan Penuh


"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku


Tanpa dia malam menemani
Sepi memelukku


Bulan jangan biar siang
Biar alam ini  kelam
Biar ia sepi sepertiku ..." (Khalil Gibran)


Selepas menyaksikan Cinta, pastilah ramai yang akan meletakkan high expectations terhadap filem terbaru arahan Kabir Bhatia ini. Tidak terkecuali saya. Malah, saya tidak sabar-sabar hendak melihat melihat bagaimana garapan Kabir di dalam filem kali ini bersama sinematografi berserta syot-syot kamera yang diselitkan.


Nyata Sepi sama sekali tidak begitu menghampakan. Berbanding Cinta, Sepi hanya berkisar tentang 3 kisah  insan yang berbeza iaitu Adam (Afdlin Shauki), Sufi (Tony Eusoff) serta Iman (Baizura Kahar).


Di antara ketiga-tiga filem ini, kisah Adam  ternyata menjadi tunjang serta kekuatan Sepi. Watak serta karektornya menjadi simbolik utama kepada subjek penceritaan sepi yang diangkat sebagai tajuk filem ini.


Adam  yang bertugas sebagai pembuat kek digambarkan sebagai seorang lelaki looser yang disenangi kebanyakan gadis.


Namun hubungannya bersama setiap gadis ini tidak pernah kekal atau bertahan lama dan lebih menyakitkan, hampir setiap bulan, dia pasti akan menerima kad jemputan kahwin daripada setiap bekas teman wanitanya itu!


Setiap kali itu juga dia pasti akan menerima pertanyaan daripada rakan-rakan atau orang di sekeliling tentang gilirannya untuk berkahwin pula. Pertanyaan itu membuatkan diri lemas kerana apa yang nyata, walaupun dilabelkan sebagai seorang yang happy-go-lucky tetapi jauh di sudut hatinya dia adalah seorang lelaki yang sepi.


Sebagai tunjang utama yang membawakan watak Adam, Afdlin ternyata telah berjaya melakonkan wataknya dengan begitu berkesan sekali. Kita akan bersimpati dengannya.


Sungguh begitu, masih ada perempuan yang mahu mendampingi Adam iaitu Suzie lakonan Nasha Aziz. Malangnya, Adam tidak berasakan bahawa dia mampu memilih Suzie sebagai isteri. Suzie bukanlah seorang gadis yang boleh disifatkan sebagai 'normal' kerana dia mampu berbuat apa saja di depan orang.


Watak Suzie juga berjaya dibawakan Nasha dengan cemerlang sekali. Malah, watak Suzie yang digambarkan sebagai kecoh tetapi lurus bendul inilah yang sering menimbulkan kelucuan.


Sepi Adam kemudian berlalu pergi apabila dia akhirnya ditemukan dengan seorang wanita yang dicintainya, Ilyana (Vanidah Imran) dan sewaktu perkenalan mereka, wujudlah beberapa babak menarik daripada camera work yang cantik terutama sewaktu mereka bermain tepung kek.


Lakonan Vanidah bagaimanapun tidaklah terlalu mencabar sebagai seorang yang pernah bergelar best actress. Cuma kehadirannya sangat mengesankan serta melengkapkan lagi senarai nama-nama pelakon besar dalam filem ini.


Kejutan Baizura Kahar


Perubahan besar turut dilihat dalam lakonan Tony Eusoff yang memegang watak sebagai pengusaha kilang kasut bernama Sufi. Lakonan dan penghayatan semakin baik jika dibandingkan dengan filem pertamanya dulu.


Malah emosi sebagai seorang suami yang kehilangan isteri akibat satu kemalangan yang ditempuhnya dulu berjaya dizahirkan dengan baik. Sufi kemudian dipertemukan dengan Marya (Eja). Gandingan mereka ini nampak semacam kurang serasi tetapi dialog serta lakonan mereka berjaya mengatasi ketidakserasian itu.


Eja berjaya menampilkan wataknya sebagai wanita sederhana. Wajahnya yang semulajadi lembut itu sering menimbulkan belas dan ia digunakan dengan baik uuk mewujudkan konflik dan krisis dalaman.
 

Lain halnya pula dengan watak Baizura Kahar sebagai Iman. Rambut palsunya yang kejung itu sedikit sebanyak telah mencacatkan penampilan beliau. Cara dia melontarkan puisi Khalil Gibran juga langsung tidak meresap ke jiwa ini tetapi lakonannya tetap menarik.


Syed Hussein menunjukkan peningkatan lakonan manakala Pierre Andre seperti biasa sentiasa tidak mempunyai masalah untuk membawakan watak sebagai lelaki yang sebenar lelaki tetapi tidak pernah bernasib baik dengan cinta.


Perubahan plot yang berlaku dalam kisah Iman turut berjaya ditonjolkan dengan berkesan. Sesiapa yang menonton dari awal memang tidak akan menyedari kejutan itu. Dari awal lagi, ia bergerak seperti biasa, seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku.


Secara keseluruhannya, Khabir Bhatia, Ara dan Mira Mustaffa mampu menghadiahkan sebuah lagi drama cinta yang menarik dan berkualiti untuk sinema Malaysia.






Komen-Komen | 16

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





SEPI.. adalah sebuah filem terbaik yang pernah sy tonton. saya bagi 100 BINTANG. X sabar nak tunggu DVD.(Pnggung di JB dah stop tayang movie ni)
mungeROSE - 20-Jul-2008

best sangat cerita nie..lakonan hebat dr semua pelakon..nasha aziz lawak giler..paling best lakonan afdlin ngan vee..romantik sangat..
schumi - 16-Jul-2008

gle besh cte ni...rs nk pegi tgk ag..huhu
iela - 15-Jul-2008

Syabas utk team Khabir terutama penulis skrip, cuma jgnlah selalu sngat buat cerita berkait2 mcam ni - nanti cliche. Sekali dua tu OKlah.
GOER - 13-Jul-2008

Nasha Aziz kelakarnyee... sian kat Adflin... huhuhuhuh.. Ending film ni ada twist plot lagi.
Cintunz - 12-Jul-2008

1 2 3 4


  • Terhangat
  • Terkini