ND Lala: Sharnaaz Jangan Nak Memandai-Mandai

berita | Tempatan

ND Lala: Sharnaaz Jangan Nak Memandai-Mandai

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 31 JAN 2013: Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala hari ini menegur sikap pelakon filem Juvana, Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila.

Sharnaaz sebelum ini dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.

"Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya," kata bekas penyanyi tradisional itu dengan tegas.

Umum mengetahui sebelum ini, yang Shila Amzah, 23, menjalin hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad, 28, dan kisah cinta mereka sering berdepan pelbagai kontroversi yang selalunya dimulakan oleh Sharnaaz sendiri.

ND Lala ketika dihubungi oleh Harian Metro dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Sharnaaz mengenai perkahwinan itu.

"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu," kata ND Lala lagi.

"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.

"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.

"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan Internet.

"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap, hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main," tambah ND Lala lagi.

ND Lala bagaimanapun tidak menolak jika jodoh memang ada antara Shila dan Sharnaaz, tetapi menegaskan belum sampai waktu untuk anaknya berumahtangga.

Komen-Komen | 43

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





aku tak setuju pendapat ramai..kan nikah tu lagi baik sblum apa2 terjdi.satu dunia dah tahu mereka bercinta.nak tunggu apa lagi andy?nak kejar glamour di dunia?nak dapat duit berjuta2?tapi mana maruah diri kalau berkepit sana sini tak berkahwin?
nur - 31-Jan-2013

bagi aku kalau anak dah suka sama suka apa lagi yang nak di tangguh2kan.jnglah kejar career semata2.benda baik jgn tangguh..aku rasa budak syarnaz ni tak de salah apa pun cuma tak bincang dulu..andy,jgn sampai anak buat hal kerana ego diri tu, ingat.
ain - 31-Jan-2013

menyampah gle aku dgn sharnaz ni..g mampus la..muka xde la nsem sgt..blakon pon ntah pe2..sesuai pegang watak jht & org gle je...sesuai la dgn gaya dia ni..SAMSENG.. X SESUAI LA SHILA DGN MAMAT POYO PERASAN NI..
ally - 31-Jan-2013

kalau saya jd mak bpk shila, saya sound anak saya tu dulu. dua2 nya sama je. cinta hati jer keluar dari mulut tu..tak malu ke ckp mcm tu secara trbuka. Cakap mcm x sekolah jer..
hafiza - 31-Jan-2013

apo kono eh jang ?
sakuraLevine - 31-Jan-2013