Isu Singkir Uji Rashid: TV3 Bakal Keluar Kenyataan Rasmi

berita | Tempatan

Isu Singkir Uji Rashid: TV3 Bakal Keluar Kenyataan Rasmi

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Isu penyingkiran penyanyi Uji Rashid oleh pihak TV3 di saat akhir tanpa pengetahuannya daripada Anugerah Juara Lagu ke27 (AJL 27) baru-baru ini masih berlarutan dan dianggap belum selesai selepas penyanyi popular era 70-an dan 80-an itu mendakwa stesen terlevisyen berkenaan masih belum meminta maaf kepada beliau menerusi laporan yang dibuat oleh Mstar.

Bagi mendapatkan penjelasan mengenai hal ini, portal murai.com.my telah berusaha menghubungi penerbit AJL 27, Muhamad Sufian Che Isa. Namun begitu, Sufian berkata dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan.

"Maaf, buat masa ini tidak dapat mengulas apa-apa mengenai isu ini. Apa pun pihak TV3 akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini," katanya kepada murai.com.my.

Terdahulu, portal murai.com.my telah menyiarkan laporan secara eksklusif mengenai pemilihan Uji Rashid menggantikan tempat Yuna untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang. Pemilihan Uji Rahsid itu dibuat sendiri oleh penyanyi, pemuzik serta komposer berbakat itu tidak dapat beraksi di pentas AJL 27 kerana terikat dengan komitmen yang berkaitan dengan aktiviti seninya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Namun, dua hari sebelum acara berprestij itu berlangsung, tempat Uji Rashid telah digantikan oleh Aizat Amdan tanpa pengetahuan dirinya.

Komen-Komen | 13
Hantar Komen Anda
Uji rashid ni demand orangnya..husband I pernah backup show dia ..mengada-ngada..bagi betis nak peha orangnya..sebab tu produser drama pun malas ambik dia berlakon
jj - 17-Jan-2013

ala sebab lagu tu JUARA .. cuba kalau tak JUARA ?... kan ? kan?
me - 17-Jan-2013

sudah2 la tuh....balik p ngaji lagi bagusss...biar la budak2 yg main dunia seni nih....
yana - 17-Jan-2013

TV3 memang selalu bias...tak caya tengokla ABPH ni...gerenti Pengacara paling popular radio dan tv adalah Fafau dan FBI...semua TV3 punya SYOK SENDIRI punya undi..sebenaynya tak popular mana -pun si Fafau dan FBI tu.tak habis habis politic TV3 ni!
propa - 17-Jan-2013

Tetap sokong uji !!! sbb itu mruahnya septutnya org lama disegani dn dihormati bukan buat suka ati je. jngn buat suka ati kamu rng jee???Ada fhm ke..??
memey neney - 17-Jan-2013

1 2 3