Ligamen Kaki, Meniscus Koyak, Johan Kena Berehat!

berita | Tempatan

Ligamen Kaki, Meniscus Koyak, Johan Kena Berehat!

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 3 JAN 2013: Dalam debaran menanti isterinya melahirkan anak yang ketiga, Johan yang sedang rancak beradu nasib dalam Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bersama Zizan baru saja selamat menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember lalu.

Atas alasan itu, Johan dinasihatkan doktor agar bercuti selama tiga hingga enam bulan serta tidak dibenarkan beraksi dalam MLM.

Berkongsi situasi yang menimpa suaminya itu, Ozlyn yang sarat mengandung memberitahu Johan kini sedang dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur dan masih menerima ubat tahan sakit.

"Dia sudah lama sakit. Ligamen dia sudah putus manakala meniscus dia pula koyak. Ini semua disebabkan dia kerap main futsal dan terlalu aktif. Doktor pun memberitahu saya bahawa sakitnya itu sudah pun lama.

"Sekarang ini, Johan terpaksa berehat tiga hingga enam bulan. Malah, dia masih terima ubat tahan sakit dan sedang menjalani fisiotrapi. Setakat ini, doktor tidak benarkan dia sertai MLM. Jika dia mahu, dia perlu membuat rakaman MLM di hospital. Sekarang ini pun, kaki dia masih lagi bengkak," katanya kepada murai.com.my.

Sungguhpun berada dalam keadaan sakit, Johan nyata masih sempat menyembunyikan perasaan sakitnyaitu.

"Saya sihat cuma kaki saya saja sakit. Bila sakit menyerang, saya akan meracau untuk menahan kesakitan. Sebenarnya, ligemen kaki saya sudah putus. Ia berlaku tiga hari sebelum MLM minggu lalu, peha saya terpusing dan waktu itu, ligemen saya dah putus dan Meniscus koyak.

"Sekarang, saya sedang menjalani rawatan dan kena jaga kesihatan. Tidak guna kalau saya tetap di MLM dengan ketepikan kesihatan saya. Kalau ada rezeki saya di MLM, adalah.Saya tidak mahu meraih simpati. Saya yang ingin jalani pembedahan untuk jaga kesihatan saya.

"Ini adalah ujian dari Allah. Saya perlu sihat untuk keluarga saya. Lebih-lebih lagi buat isteri saya yang sedang menunggu waktu bersalin. Saya kena sihat untuk dia dan ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga," ujarnya.

Warga murai.com.my mendoakan agar Johan cepat sembuh dan selamat menjalani karier beliau seperti biasa.

Komen-Komen | 14

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





wow..... 3 hingga 6 bulan lame tu.... kesian abg zizan kena buat show sorang sorang cam dah jadi perserta solo lah pulak.... Hope johan cepat sembuh :) dan zizan x berputus asa mencari idea for MLM :)
Aisyah Adriana - 6-Jan-2013

smoga cepat sembuh! kuatkn semangat..
arina aida - 5-Jan-2013

mendoakan johan cepat sembuh. labiu abang! terima kasih menceriakan hidup kami. doa kami sentiasa bersama abang johan... be strong abang!
bie - 5-Jan-2013

semoga cepat sembuh.. kami syg johan..
ila zul - 4-Jan-2013

semoga cepat sembuh kauuuu....
che kiah - 4-Jan-2013

1 2 3