Terima Kasih Si Daun Keladi

berita | Tempatan

Terima Kasih Si Daun Keladi

addthis kongsi icon


Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR,  24 JUN 2008:  Tanpa pembabitan pihak penaja, sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2008 anjuran Zoo Negara dan murai.com.my bersama Global Soft Marketing Sdn Bhd, pastinya tidak akan berjaya.


Antara pihak penaja yang terbabit secara langsung dengan acar itu adalah KRU Berhad, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (Wilayah Persekutuan), Penerbitan JAS Sdn Bhd, Perodua, Pods & Petals' Giftlab Sdn Bhd, DBKL, FRIM, Inetol Innovation, MPAJ, Wall's, Yola Fine Chocolotes, Giant B, Hair Cuttery Salon serta Astro sendiri.


Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat semua pihak penaja yang terbabit kerana sanggup berkerjasama dengan murai.com.my, Zoo Negara serta Global Soft untuk menjayakan majlis bersifat amal ini.


KRU Berhad dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (Wilayah Persekutuan) misalannya memberikan tajaan dari segi sistem audio yang ditempatkan di dua lokasi iaitu persembahan Amphitheatre serta Panggung Kancil.


Pihak Pods & Petal's Giftlab Snd Bhd pula memberikan tajaan 8 jambak bungaan segar buat kesemua pereka fesyen dan tetamu VIP yang terbabit Pesona Fesyen Murai-Zoo Negara.


Manakala Hair Cuttery Salon pula menaja dandanan rambut serta solekan buat kesemua artis yang terbabit dalam segmen fesyen tersebut.


Tanpa pembabitan Inotel Innovation yang memberikan tajaan peralatan lukisan serta hadiah untuk pemenang bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun serta 9 hingga 10 tahun, tidak mungkin pertandingan melukis pada hari itu akan sukses.


Begitu juga dengan hadiah pemenang untuk pertandingan berasaskan Treasure Hunt & Amazing Race iaitu Aksi Murai-Zoo Negara. Pihak Astro telah menaja 7 telefon bimbit M Mobile kepada kumpulan juara. Selain daripada itu, Astro juga menyumbang hadiah alatan mewarna Disney.


Manakala untuk hadiah-hadiah sampingan yang lain telah ditaja oleh Penerbitan JAS Sdn Bhd milik produser sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman manakala DBKL menyumbang 200 pokok bunga sebagai hiasan pada acara itu. Pihak FRIM pula memberikan sumbangan beberapa pokok yang digunakan untuk acara penanaman simbolik dan MPAJ menaja meja dan kerusi.


Tidak dilupakan pihak Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar yang menaja katering pada keseluruhan acara tersebut. Makanan lain adalah sumbangan Hotel Palace of The Golden Horses (pastri), McDonalds (500 burger) dan Alla Fonte (500 botol minuman mineral).


Selain daripada itu, Wall's menaja 500 unit aiskerim, Giant B menerusi (200 Sticks Madu Lebah), Yola Fine Chocolotes (menaja Adik Yana & rakan-rakan penyanyi ciliknya termasuk sistem audio dan 2 orang DJ).


Sokongan lain datang daripada X-Fresh, Era Fm serta Astro Awani yang banyak memberikan publisiti tentang Hari Alam Sekitar Sedunia 2008 anjuran murai.com.my bersama Zoo Negara ini. X-Fresh yang kian hangat dengan tagline "Kami tak hot, kami cool" turut menghantar 2 DJ mereka iaitu Cham bersama Shac untuk membantu mengendalikan acara pembukaan serta Pesona Fesyen Murai-Zoo Negara dan persembahan di Amphitheatre.
 

Terima kasih juga buat semua pereka fesyen iaitu Hatta Dolmat, Shegar, Calvin Thoo, Azura, Hazwani Othman, Michael Shu dan Amir Luqman atas kesanggupan mereka mereka busana tanpa mendapat bayaran sesen pun. Begitu juga artis dan model yang memperagakan fesyen mereka iaitu Dynas, Marsha, Noryn Aziz, Nana Era, Syafieq AF6, Linda Onn dan Diana Danielle.


Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada artis yang mengambil bahagian dalam Aksi Murai-Zoo Negara iaitu Jaclyn Victor, Yazer AF3, Ekin AF3, Nadia AF6, Toi AF6, Faisal AF6, Imran Ajmain, Zoey dan Cham XFresh selain artis yang menyanyi iaitu Zainalabidin, Farawahida, Aizat, Erna, Infinatez, B4, Shajiry serta Adik Yana & kawan-kawan ciliknya.


Buat semua Geng Murai, tanpa kehadiran anda semua, acara Hari Alam Sekitar Sedunia 2008 ini tidak mungkin akan menjadi acara yang begitu happening. Tidak dilupakan juga dengan mereka yang berada di balik tabir yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini termasuk sejumlah sukarelawan (volunteers) sudi yang membantu.


Sekiranya ada salah dan silap, kami menyusun 10 jari memohon maaf. Insya-Allah, acara seperti akan diadakan lagi pada masa akan datang. Teruskan bersama murai.com.my!


 

Komen-Komen | 14

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Oiii MuraiKerek akan Wan Suhana, adakah tahun depan kita berdia diberi mandat sekali lagi untuk kendalikan Hari Alam Sekitar murai & Zoo Negara for next year? Kalau ya... kena get ready for the preparation. Ramai nak aksi murai tu dipanjangkan timing dia. Poning den..
sutrakarya - 26-Jun-2008

Siapa da yang sebut-sebut nama gue itu? Ohh si Murai Kerek aka Wan Suhana rupanya. Actually Wan (dia ni pihak penganjur Hari Alam Sekitar juga), u pun tolong kita org banyak juga. So thank u banyak-banyak.
sutrakarya - 26-Jun-2008

Bila mau bikin lagi wooo
- 26-Jun-2008

saya amat berbangga dan berterima kasih pada semua pihak ye...terutama Ellyna Ali... kerana bersama2 menjayakan hari yang berjaya itu...heheheh... *elly...i'm here...guess who?
muraikerek - 26-Jun-2008

Very Good event...Smooth & successfull....caya ahhh Murai.com...moga hari mendatang semakin sukses...
JaneT - 26-Jun-2008

1 2 3