Julia Perez Mohon Maaf, Komen Twitter Disalahertikan

berita | Tempatan

Julia Perez Mohon Maaf, Komen Twitter Disalahertikan

addthis kongsi icon


KUALA LUMPUR, 21 DIS 2012: Pihak syarikat produksi filem Sentuhan Malam Pertama, Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. (NSK) akui bahawa aktres Julia Perez atau Jupe telah menyatakan kekesalannya berhubung posting tweet yang dibuat di akaun twitternya hingga menimbulkan kemarahan Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi serta seluruh rakyat Malaysia.

Ketua Pemasaran dan Perniagaan NSK, Sofiyant Rahman berkata, Julia Perez telah menyatakan sendiri kekesalannya itu menerusi emel yang dihantar kepada pihaknya.

"Kata Julia Perez dia tidak menyangka bahawa komen yang dibuatnya di dalam posting tweetnya itu telah disalahertikan hingga mengundang kemarahan banyak pihak. Dengan itu, dia ingin memohon maaf kerana bukan niatnya untuk melukakan semua pihak terhadap posting tweetnya itu, apatah lagi bersikap kurang ajar dengan Zed Zaidi.

"Apapun, kami sudah pun berjumpa dengan Zed Zaidi untuk memohon maaf tentang hal ini dan sekarang ini, Julia Perez pula mahu meminta maaf bagi pihaknya sendiri," katanya kepada murai.com.my.

Berikut adalah isi kandungan emelnya: "Komen saya bagi saya telah salah diertikan walaubagaimana pun saya minta maaf kepada sesiapa saja sekiranya ianya telah melukakan perasaan anda, khusus kepada rakan industry yang dihormati dan peminat kesayaang saya.

"Saya berterima kasih kepada Industri Filem Malaysia sudi memberi peluang kepada saya, yang saya terima untuk melibatkan diri saya kerana kepercayaan saya dengan penuh hormat padanya.

"Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat Malaysia yang menyanyangi mereka dan selebriti Malaysia sentiasa di terima dan di sayangi oleh peminat di Indonesia. Peluang kerjasama rentas di antara kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia harus di beri peluang untuk berkembang , itu adalah satu keinginan saya secara peribadi."


Terdahulu, pihak NSK telah mengundang Julia Perez untuk datang ke Malaysia untuk melihat sendiri bagaimana pembikinan filem Sentuhan Malam Pertama arahan Murali Abdullah dilakukan dan Julia Perez turut dilamar menjadi pelakon undangan dalam filem tersebut. Namun berikutan posting tweetnya yang dianggap sebagai biadap serta perang twitter dengan Zed Zaidi, dia kemudian disahihkan tidak mempunyai permit kerja di Malaysia.

Mengakui ianya sebagai kesilapan mereka, pihak NSK kemudian memberitahu bahawa permit kerja itu sudah pun dibuat dan menunggu masa untuk memperolehinya dan kedatangan Julia Perez ke sini hanyalah untuk melihat bagaimana pembikinan dibuat dan bukannya menjayakan penggambaran filem tersebut. Sebaliknya, penggambaran yang melibatkan Julia Perez hanya akan bermula setelah dia memperolehi permitnya itu.

Komen-Komen | 21

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Puncanya pun dari dia kerana tiada akal. Kenapa pulak kata disalah-erti? Dah baca berulang-kali tetap ertinya sama begitu. Selepas ini pasti aku boikot semua yang ada muka dia ni.
ZEK - 21-Dec-2012

Julia,hang tu sampah saja banyak, mutu lakonan tak ada. Seksi dijaja sini sana dan berlagak dinegara orang. Apa pencapaian yang anda pernah dapat? gossip & cerita panas adalah. Jangan la pengarah nak ambil org luar, byk pelakon X ada peluang berlakon
Saodah - 21-Dec-2012

iyoo lah tuuhh
aku - 21-Dec-2012

hello,jupe x salah mey????renung2 kan la ea...
sallymoon - 21-Dec-2012

yg awal komen biadab tuh zed zaidi,dan di balas oleh jupe,knp yg salah jupe,hellooo?
Mimi - 21-Dec-2012

1 2 3 4 5