Giliran South Trio Terbabas

berita | Tempatan

Giliran South Trio Terbabas

addthis kongsi icon


KUALA LUMPUR,  23 JUN 2008:   Seperti sudah dijangkakan. Selepas kumpulan Brown Tone dari Singapura tersingkir  minggu lalu, kali ini tiba pula giliran kumpulan South Trio mengikuti jejak langkah mereka.



Penyingkiran mereka bagai sudah diagak dan menepati ramalan berikuan sering berada di tangga nyawa-nyawa ikan.


South Trio yang dianggotai 2 beradik iaitu Farhana Muhamad, 22, Fazlyana Muhamad, 14,  serta seorang rakan mereka,  Mohd Dzul Faiz Ismail, 15. Mereka tidak mampu memikat hati penonton walaupun menyampaikan lagu popular dari kumpulan Estranged iaitu Itu Kamu.


Namun secara purata, dari minggu lalu lagi, setiap juri berpendapat ahli South Trio ada kekuatan vokal tersendiri. Mungkin mereka kurang berjaya menyatukan kekuatan itu ke dalam sebuah kumpulan harmoni.


Malah, bukan itu saja, sewaktu persembahan, South Trio seakan-akan berlawan-lawan menyanyi dan tunjuk kehebatan masing-masing sedangkan pertandingan ini mencari vokal kumpulan terbaik bukannya solo.


Apapun, penyingkiran South Trio menyaksikan kumpulan tempatan pertama yang tersingkir.  Bagaimana nasib kumpulan  yang masih tinggal? Semuanya ada di tangan anda, penonton GangStarz.

Komen-Komen | 6

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





xpe nie bru p'mulaan ila arap lpas nie b'jaya dlm plajaran k.lgu yg krang bwa memang best jri je yg x pndai menilai pape pown you guys are the best.
shadatul - 27-Jun-2008

biase ar 2,adat p'tndgan ada klh ada mng................Gud Luck you all!!!
realstar - 26-Jun-2008

Yg best pun belum tentu bertahan kalau tak SMS. Harap kali ini bukan group asing yg menang. Kasi up skit contestant Msia.
Wulang - 24-Jun-2008

xpe lah blik jaybee..membr2 rmai kt jb...yg sekolh trus kn skolh...step penyeri gangstarz...patut yg kuar slah stu kumpuln dri INDONESIA..yg pentng aku vote one nationce emcee...ape2 lh spell die..yg pnting hidup mimi..taun ne yg mng msti group form malaysia...
evo08 - 24-Jun-2008

south trio best tp terkeluar plak, patutnye kumpulan step yg terkeluar,tensen aku.aper pun terus berjuang south trio...
ila - 24-Jun-2008