FFM21 - Aaron Aziz, Ady Putra Tak Layak

berita | Tempatan

FFM21 - Aaron Aziz, Ady Putra Tak Layak

addthis kongsi icon

Media Galeri


Teks oleh Thani Hasbullah



KUALA LUMPUR, 12 JUN 2008: Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) yang akan berlangsung di ibu negara pada 9 Ogos ini akan memperlihatkan lebih 20 filem karya tempatan tersenarai untuk dipertandingkan.


Walaupun begitu, acara tahunan itu menutup pintu buat dua pelakon yang sedang mencipta nama iaitu Aaron Aziz yang membintangi filem Impak Maksima dan Ady Putra (Anak Halal) untuk dicalonkan kerana taraf kerakyatan mereka iaitu warganegara Singapura.


Timbalan Pengerusi Bersama FFM21, Ahmad Puad Onah, menjelaskan Aaron dan Ady Putra tidak layak untuk dipertandingkan dalam mana-mana kategori pada festival itu kerana ia bertentangan dengan syarat asas festival terbabit.

"Selain memegang status kerakyatan Malaysia, setiap calon yang bertanding mestilah menjadi ahli persatuan berkaitan di Malaysia. Misalnya, kalau seseorang pengarah itu dicalonkan untuk kategori Pengarah Filem Terbaik, dia mestilah menjadi ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).


"Pada FFM20 tahun lalu, pengarah filem Cinta, Khabir Bhatia, tidak layak bertanding menerusi kategori Filem Terbaik kerana dia warganegara India. Bersama dengan itu, seramai 7 calon lain yang dikenal pasti terbabit dalam filem-filem tertentu juga tidak layak kerana mereka adalah warganegara Singapura, India, Singapura dan Australia," katanya selepas majlis sidang media FFM21, baru-baru ini.


Sementara itu, terdapat 9 lagi filem yang sedang dalam perhatian untuk menyertai FFM21 kerana sehingga kini ada di antara filem tersebut belum mendapat sijil kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).


Filem itu adalah Mualaf, Papa Dom, Selamat Pagi Cinta, Lost & Faun, Brainscan, Misteri Balan Balan, Senario The Movie Episod 1, Antoo Fighter dan Taiko.


Pencalonan dalam FFM21 akan terus dibuka sehingga 6 Julai ini sementara penjurian yang akan disertai 9 juri profesional akan bermula seminggu sebelum malam anugerah kemuncak berlangsung. Dijangka acara malam kemuncak FFM21 bakal dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


FFM21 yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Acara itu juga akan ke udara secara langsung mulai jam 8.30 malam di Astro Ria.


Hadir pada majlis sidang media itu adalah Pengerusi Finas, Tan Sri Jins Shamsuddin; Presiden Gafim, Datuk Mustapha Maarof; Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, para produser dan beberapa pelakon yang terbabit.



Senarai Filem Cereka Yang Bertanding dalam FFM21


- Otai
- 9 September
- Kayangan
- Nana Tanjung
- 1957: Hati Malaya
- Impak maksima
- Anak
- Kala Malam Bulan Mengambang
- Anak Halal
- Dunia Baru The Movie
- Duyung
- Akhirat
- Congkak
- Pensil
- Cinta U-Turn
- Evolusi KL Drift
- Sepi
- Apa Kata Hati
- Susuk
- I'm Not Single


Senarai Anugerah FFM21


Anugerah Perdana


- Filem Terbaik
- Pengarah Filem Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Lakon Layar Terbaik
- Cerita Asal Terbaik
- Sinematografi Terbaik
- Penyunting Terbaik
- Skor Muzik Asal Terbaik
- Filem Animasi Terbaik
- Filem Dokumentari Terbaik
- Filem Pendek Terbaik
- Filem Digital Terbaik


Anugerah Cipta


- Pelakon Pembantu Lelaki TErbaik
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Penataan Seni Terbaik
- Penataan Bunyi Terbaik
- Pelakon Kanak-kanak Terbaik
- Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
- Pelakon Harapan Wanita Terbaik
- Lagu Tema Asal Terbaik
- Pereka Kostum / Busana
- Poster Terbaik

Komen-Komen | 23
Hantar Komen Anda
Ya ku sokong Erra menang best actress kali ni. Erra tetap Ratu Filem Melayu
WanEmpuk - 19-Jun-2008

saya pun sokong, lakonan erra memang superb & terbaik dlm Anak. Tidak syak lagi, harap2 rezeki ERRA tahun ni.INSYAALLAH.
heliza - 19-Jun-2008

aku pon rasa ERRA FAZIRA ada hrpn menang utk kali ke3 Pelakon Wanita Terbaik FFM thn ni..thn ni milik ERRA FAZIRA kerana lakonan yg berkualiti dlm filem ANAK...
eri - 18-Jun-2008

lawak la korang ni..tu pun nak meraung!adatla tu,tiap negara ada peraturan n syarat so kenala ikut gi pun dah namanya festival filem MALAYSIA!!!
sepaun - 18-Jun-2008

AIMAN TAK KISAH... YANG PENTING AIMAN NAK KAK ERRA MENANG BEST ACTRESS COZ LAKONAN DIA DALM ANAK MMANG BESTTTT!
AIMAN - 18-Jun-2008

1 2 3 4 5