Peluang Hadiri Sesi Rakaman Masterchef Malaysia 2

berita | Tempatan

Peluang Hadiri Sesi Rakaman Masterchef Malaysia 2

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER 2012: Saban minggu, kita disajikan dengan pelbagai drama dari ruangan dapur Masterchef Malaysia 2.

Pelbagai aksi dapat kita saksikan dari peserta ketika mereka menyediakan hidangan terbaik untuk menarik hati para juri agar dapat meneruskan cabaran.

Untuk musim kali ini, Heinz ABC telah bekerjasama dengan produksi Masterchef dalam satu episod program masakan itu.

Dan bagi anda yang ingin menghadiri sesi rakaman program realiti ini serta ingin menikmati masakan yang disediakan khas oleh peserta Masterchef Malaysia 2, anda boleh menyertai Peraduan Heinz ABC + Masterchef Malaysia@Murai yang kini sedang berlangsung di portal ini.

Cara untuk menyertai peraduan ialah dengan berkongsi cara kreatif menggunakan Saus Manis ABC untuk meningkatkan mutu masakan.

Pelbagai hadiah menarik disediakan seperti 10 pemenang utama akan memenangi sepasang tiket ke sesi rakaman Masterchef Malaysia 2 pada 25 Oktober ini. Mereka juga akan dihadiahkan hamper bernilai RM100 untuk setiap seorang. Bagi anda yang kurang bernasib baik, anda juga akan memenangi pemberian istimewa dari Heinz ABC.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari http://www.murai.com.my/oap/heinz


Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: