Peluang WebChat Bersama Ning Baizura Jam 3 Hari Ini

berita | Tempatan

Peluang WebChat Bersama Ning Baizura Jam 3 Hari Ini

addthis kongsi icon

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 25 SEPT 2012: Adakah anda peminat setia Ning Baizura? Adakah anda banyak persoalan yang ingin ditanyakan kepada Ning Baizura? Inilah peluang terbaik anda untuk mencari konklusi jawapan tersebut dengan bertanyakan sendiri kepada Ning menerusi segmen Artis Chatz di murai.com.my mulai jam 3 petang, hari ini.

Menyedari hakikat bahawa peminat artis masa kini mempunyai persoalan tersendiri untuk ditanyakan kepada Ning Baizura, murai.com.my menjemput pelantun lagu Awan Yang Terpilu ini untuk mendekatkan dirinya bersama peminat yang sering saja menyokongnya selama ini.

Lebih menarik lagi, peminat yang berpeluang berbicara dengan Ning diberi penghormatan untuk memberikan pelbagai jenis persoalan yang dirasakan logik.

Bagaimanapun, pihak murai.com.my akan menapis persoalan yang berbaur lucah atau pun ugutan.

Tambah istimewa, 5 soalan terbaik akan dipilih Ning untuk disiarkan di murai.com.my. Jadi, apa tunggu lagi, nantikan kemunculan Ning jam 3 petang ini menerusi ruangan Artis Chatz.

Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda