Anne Ngasri Rahsia Punca Putus Cinta Aliff Aziz

berita | Tempatan

Anne Ngasri Rahsia Punca Putus Cinta Aliff Aziz

addthis kongsi icon

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2012: "Benar, saya dan dia (Aliff Aziz) kini sudah pun putus (membawa haluan masing-masing) dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami," jawab ringkas Anne Ngasri.

Dramatis itu dihubungi portal Murai untuk bertanyakan ulasan mengenai hubungannya bersama penyanyi dari Singapura Aliff Aiziz yang kini telah pun menjadi bekas kekasihnya.

Anne yang tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya yang kini telah berakhir turut meminta untuk merahsiakan punca perpisahan mereka.

"Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja," jawabnya ringkas dan tidak mahu diminta lagi disoal mengenai peribadinya itu lagi.

Dalam laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu hari ini, Anne telah mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus. Namun keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mula menjalinkan hubungan cinta bersama Aliff sejak awal tahun lalu dan sejak itu kisah hubungan cinta mereka selalu sahaja mendapat tumpuan ramai media dan peminat.

Komen-Komen | 11

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





acik rasa ada khidmah kita pandang ke depan yang pahit jadikan ubat yang manis berhati. acik harap ann maju jays dalam dunia dan akhirat......yes
fadil acik - 24-Sep-2012

ala..apa nak heran..skrg da berkawan dgn ahli politik..lg masyukkkkk
hantugigi - 24-Sep-2012

menyampah baca cerita cam nie..sorang x sedar diri.. yg sorang tu lupa diri..
amira II - 24-Sep-2012

xapa lah anne...nanti ada lah jodoh ann...biar lah owng nak cakap apa kat luar tu... mulut owng kte xleh nak tutup..
sial - 24-Sep-2012

aku pun dulu ibu tunggal.. ada anak 2.. jodoh kali kedua muda 5 tahun dan bujang... alhamdulillah...kawin jugak.. nie soal jodoh.. bukan pasal status...
reenmadna - 24-Sep-2012

1 2 3