MasterChef Malaysia 2 Menjanjikan Kelainan

berita | Tempatan

MasterChef Malaysia 2 Menjanjikan Kelainan

addthis kongsi icon

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2012: Masih mengekalkan konsep yang sama, program MasterChef Malaysia 2 bakal menampilkan kelainan dengan memperkenalkan 24 peserta yang kebanyakkannya berusia bawah 30 tahun.

Dimulakan dengan penerbitan program uji bakat yang telah pun disiarkan mulai 8 September lalu, hiasan dalaman program yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) setiap Sabtu hingga Khamis jam 9 malam ini nyata berbeza bersesuaian dengan tema Dapur Malaysia Ke Persada Dunia.

Chef Johari Edrus atau Papa Joe memperakui kelainan tersebut dan menekankan hiasan dalaman dapur lebih mendekatkan peserta dan penonton dengan imej ketimuran.

"Saya dapat rasakan, kelainan kali ini dengan adanya Chef Adu Amran yang menyertai kami sebagai juri. Malah, 24 peserta ini juga berbeza dengan musim yang pertama.

"Lebih berbeza adalah hiasan dapur yang lebih sistematik dan bercirikan klasik. Ianya seperti kedai runcit tempatan. Konsep ini bersesuaian dengan tema yang diperkenalkan iaitu Dapur Malaysia ke Persada Dunia.

"Jika anda perhatikan, dapur musim pertama ke arah moden tetapi kali ini, ianya lebih kepada ala-ala kampung sedikit. Bagi saya, itulah perbezaan yang paling ketara sekali," kata Papa Joe.

Mempersetujui pandangan Papa Joe, Chef Zubir yang turut dikekalkan sebagai juri mendapati semangat pertandingan kali ini lebih muda disebabkan hanya dua peserta saja yang umurnya sudah mencecah 40 tahun.

"Kelainan suasana memang beza sama sekali dengan musim yang pertama. Dari segi peserta pula, semangat juga berbeza.

"Mereka lebih kuat semangat kerana semuanya berjiwa muda. Impak dan cabarannya juga berlainan. Mungkin kali ini, kita akan bertemu dengan juara berjiwa muda.

"Apapun, saya berharap apa yang diimpikan menjadi kenyataan," ujar Chef Zubir.

Sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Undangan (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Ujian Rasa dan Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Khamis). Kesemua program ini akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) tepat jam 9.00 malam.

Berikut adalah peserta MasterChef Malaysia Musim Kedua :

1. Hamdu Joharis bin Othman (29 tahun)

2. Muhammad Khairul Ammar bin Jasni (22 tahun)

3. Hafiz Bukhari bin Zulkefli (28 tahun)

4. Mohd Adlyzan bin Zainal (28 tahun)

5. Rosemah Ibrahim (49 tahun)

6. Nur Shahida Wahab (28 tahun)

7. Ngui Yeang Hong (29 tahun)

8. Kasilah binti Paeng (40 tahun)

9. Ahmad Nuruddin b. Md Rasid (24 tahun)

10. Nur Atiqah bt Anuar (23 tahun)

11. Mohamad Fizuan Syahnaz (19 tahun)

12. Muhd Fazrul Nizam Anaz Anizan (18 tahun)

13. Mohamad Ismail b. Amir (29 tahun)

14. Faizatul Azni bt Muridan (25 tahun)

15. Nurul Shazlina bt Mohd Sharif (31 tahun)

16. Telson Roy a/l Satinathan (26 tahun)

17. Noor Zulaika bt Abas (21 tahun)

18. Ag Matzleinsah Addy b. Aharun (24 tahun)

19. Izyan Hani Mohd Izham (25 tahun)

20. Etiqah Siti Norashikeen (24 tahun)

21. Wan Nur Eda (24 tahun)

22. Wan Ilaika bt Mohd Zakaria (23 tahun)

23. Lokman Nul Hakim (19 tahun)

24. Nora Ashikin bt Abd Basi (26 tahun)

Komen-Komen | 2
Hantar Komen Anda
terbaikkkk ..
unknown - 25-Sep-2012

smua anda smua brjaya yarr..
emily - 25-Sep-2012