KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2012: Menghitung hari untuk bercuti bersama keluarga tersayang atau teman rapat adalah sesuatu yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh sesiapa saja, terutamanya apabila masa yang dinanti hampir tiba.
Penting sekali jangan dilupa memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan sama ada bercuti ke pulau idaman, bandaraya bersejarah, hutan hijau tropika atau kotaraya pilihan di dalam negara.
Walau di mana juga pilihan destinasi dalam negara, pemilihan fabrik selesa seperti kain kapas, chiffon dan linen adalah seleksi terbaik bagi setiap pakaian kala bercuti ke destinasi seluruh negara yang beriklim tropika.
Bagi si jejaka, pemilihan celana pendek, kemeja-T bulat atau polo berkolar adalah item paling sesuai untuk membawa mood bercuti dan jangan lupa topi bergaya serta krim wajah pelindung cahaya bagi melindungi daripada sinaran ultra lembayung merbahaya.
Usah dilupa juga untuk membawa sekali kemeja-T atau lengan panjang bewarna putih yang mungkin boleh dijadikan penyelamat gaya ketika kecemasan.

Z Homme - Slim Collar Stripe Polo Top

Cupcakes & Hammers - Check Shorts


Pestle & Mortar - 26M Tank Top Maroon


Golongan wanita, usah saratkan penampilan anda dengan penggayaan tudung terlalu berselirat, tebal, atau berbatu berkilau. Sebaliknya, buatlah pilihan bijak dengan pemilihan fabrik lembut, dingin dan nipis supaya penampilan berhijab anda tampak lebih selesa.
Pemilihan baju kurung lengkap bukanlah pilihan tepat sekiranya anda memilih untuk bercuti di tepi pantai atau memasuki hutan belantara mahupun bersiar-siar di tengah bandaraya bersejarah.
Sebaliknya seluar panjang selain daripada fabrik denim, blaus longgar atau kemeja-T bulat polo sesuai untuk digayakan ketika berhadapan dengan cuaca yang terik dan kekal riang.
Bagi memastikan mood bercuti 1Malaysia sentiasa stailista, apa kata memilih tema color blocking atau warna-warni seperti mana cerianya warna Jalur Gemilang kita.

Le Ann - Simple Short Sleeves Dress

Viris - Floral Printed Chiffon Top

Apparel US - Anemone Jelly Slippers

Vessini - Basic Suede Ballerina









.jpg)
.jpg)
.jpg)
