Ilham Orang Asia Khusus Buat Wajah Asia

stailista | Buletin Stailista

Ilham Orang Asia Khusus Buat Wajah Asia

addthis kongsi icon

Media Galeri

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @stailista

KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2012: Jenama kecantikan Aupres memang asing di negara kita tetapi sejak dilancarkan pada 1994, produk penjagaan wajah buat wanita ini telah berjaya mendominasi hati wanita di China.

Bukan produk kecantikan dari China mahupun Eropah, tetapi Aupres yang membawa maksud "dekat padamu" dalam perkataan Perancis adalah ilham genius masyarakat negara matahari terbit, Jepun yang direalisassikan khusus untuk kulit wajah wanita Asia.

Mula memasuki pasaran tempatan, majlis pelancaran Aupres telah diadakan baru-baru ini di Restoran Frangipani yang serba memutih dengan sentuhan air sesuai dengan tema produk berkenaan yang sentiasa segar.

Menggunakan teknologi kecantikan terbaik dari Jepun, jenama kecantikan ini merangkumi kepelbagaian keperluan untuk kulit wajah wanita Asia bermula dari penyeimbangan kulit, produk pemutih, anti penuaan, pencerah sehingga kepada penjagaan optimum.

Ia diilhamkan bagi wanita yang memerlukan penjagaan khusus seperti menggunakan masker tidur Aupres yang sememangnya mujarab, pelindung ultra lembayung dan juga variasi alat solek terkini bagi menyerlahkan kecantikan asli wanita Asia.

Sebagai permulaan apa kata cuba dahulu Aupres Aqua Active Sleeping Mask, yang dapat mengurangkan kekeringan pada wajah sebaliknya memberikan kelembapan serta menghilangkan raut wajah yang letihan selepas semalaman menggunakannya.

Variasi lain dari Aupres tentunya Aupres Pro-Balancing, Aupres Time-Lock Solution, Aupres Ultimate White, Aupres Pureness Bright, Aupres City UV Care, Aupres Premium dan alat solek Aupres yang sememangnya semulajadi.

Lihatlah saja kecantikan selebriti antarabangsa kelahiran China, Sun Li yang dipilih sebagai duta kecantikan bagi Aupres sejak 2008 sehingga kini.

Benar, dia memiliki kecantikan semulajadi yang disifatkan sangat sophisticated tetapi dengan menggunakan Aupres keindahan kulit wajahnya sentiasa terpelihara terutama apabila menggunakan produk penjagaan dan kecantikan terbaru ini.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista