Dato` Fazley Anggap Isu Azwan Ali Hanya Salah Faham

berita | Tempatan

Dato` Fazley Anggap Isu Azwan Ali Hanya Salah Faham

addthis kongsi icon

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 21 SEPT 2012: Juara Masterchef Selebriti Malaysia, Dato` Fazley Yaacob menganggap krisis yang timbul di antara dirinya dengan pengacara sensasi, Azwan Ali kemungkinan adalah berpunca daripada salah faham.

Namun, Dato` Fazley yang mengakui tidak pasti apa punca krisis itu memberitahu telah pun memohon maaf sejak awal lagi kepada Azwan Ali selepas dia merasakan wujudnya rasa tidak senang produser tersebut di dalam akaun Twitter peribadi miliknya.

"Rasanya mungkin ada salah faham di antara kami tetapi saya sendiri kurang pasti apa isunya. Namun, apa pun isunya saya terlebih dahulu sudah bertanyakan sendiri serta meminta maaf kepada Azwan secara peribadi, jika saya ada membuat hatinya terluka," katanya kepada murai.com.my di majlis rumah terbuka Azwan Ali, kelmarin.

Selama mengenali pengacara sensasi tersebut, Dato` Fazley berkata Azwan Ali memang seorang yang murah hati dan sensitif, jadi dia akui tidak perlu mengambil hati dengan kata-kata Azwan.

"Saya sudah mengenali Azwan selama sepuluh tahun sejak saya berada dalam industri ini lagi. Saya tahu, dia seorang yang sangat murah hati walaupun dia terlalu marah dengan seseorang itu. Jadi saya tidak perlu mengambil hati dengan apa jua kata-katanya, malah bersedia meminta maaf atas apa jua kesalahan yang telah saya lakukan terhadap dirinya," jelasnya lagi.

Sungguh pun begitu, Dato` Fazley memberitahu hubungannya dengan Azwan kini sangat baik dan tak ubah seperti hubungan adik beradik.

"Sebenarnya dari dahulu lagi hubungan saya dengan Azwan sangat baik, malah kami tak ubah seperti menjalinkan hubungan adik beradik iaitu abang dan adik.

"Malah percayalah, macam mana terpisah jauh pun hubungan kami, kami tetap masih bersama seperti pepatah berkata air dicincang tidak akan putus," tambahnya lagi.

Terdahulu, dalam artikel murai.com.my, Azwan Ali ada meluahkan rasa baran dan kecil hati dengan sikap Fazley ketika sama-sama bertanding di dalam Masterchef Selebriti Malaysia.

Namun tidak berniat mahu memanjangkan isu tersebut setelah kagum dengan sikap Fazley yang sangat merendah diri serta menghormati dirinya.

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Ala ncn2 ka AA ni, sensitif sgt mcm pompuan
Nora - 23-Sep-2012