Serlahkan Identiti Kala Ke Pejabat

stailista | Buletin Stailista

Serlahkan Identiti Kala Ke Pejabat

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2012: Siapa kata anda tidak boleh menyuntik elemen fesyen kala keluar bekerja dalam pakaian pejabat? Ini adalah stigma yang boleh diubah jika anda tahu memilih dan mendapatkan pakaian-pakaian pejabat yang membikin anda tampil hip dan beridentiti malah sofistikated.

Ramai sering memberikan pendapat bahawa pakaian ke pejabat mahal dan kadangkala agak membosankan. Mungkin anda tidak menjumpai saluran yang betul untuk mendapatkan pakaian pejabat yang tidak memerlukan anda mengeluarkan wang yang banyak.

Daripada anda memakai baju yang lebih kurang sama pada setiap hari bekerja, pelbagai langkah bijak boleh diambil untuk anda tampil berbeza tapi masih segak, kemas dan menawan dalam bajet yang tidak terlalu membebankan.

Pastikan anda memiliki beberapa pilihan stail yang boleh di suai padan untuk menghasilkan pelbagai gaya baru yang menepati citarasa anda. Usah terlalu memikir soal jenama kerana gaya dan penampilan seseorang itu tidak bergantung pada jenama tetapi citarasa fesyen mereka.

Setiap identiti pasti dimiliki setiap orang dan sentuhan peribadi melambangkan stail yang akan selamanya milik anda. Pakaian kebangsaan melambangkan budaya, ia tidak boleh dibuang belakang tetapi boleh juga dijadikan pilihan pakaian untuk ke pejabat.

Jadikan ruang pejabat anda satu lokasi yang ingin anda pergi setiap hari dengan penampilan yang sentiasa meraih perhatian teman dalam pelbagai citra dan stail. Pasti suasana dan mood bekerja tambah produktif dengan keyakinan yang hadir dalam setiap tatarias gaya anda setiap hari.

Kadangkala gaya anda ke pejabat itu sudah memadai, namun ada ketika anda diperlukan dalam pertemuan formal yang menuntut anda terlihat lebih segak. Item seperti blazer dan jaket bisa membantu.

Sin - Caped Properly Cape

mydressroom - Half Striped Jacket

Flow - Long Sleeve Jackets

Memilih atasan yang betul juga penting bagi mengelakkan gaya anda terlihat bosan. Pilihan bermotif atau potongan kemas akan menyerlahkan penampilan anda.

Nisa Mazbar - Red Paint Sleeveless Top with a High Tie Collar

Dude and the Duchess - Front Bow with Pleat Blouse

Celana mahupun skirt, terserah kepada keselesaan dan gaya penampilan anda. Padanan yang kena walaupun ringkas pasti nampak anda penuh keyakinan untuk bekerja. Pada yang berani, jumpsuit akan memberikan anda satu gaya baru.

Rhapsody - High Waisted Straight Leg Pants

T-Joue - Modal Trousers

Ethnic Chic - Maria Skirt

Gaun dilihat sering menjadi pilihan kerana praktikal dan terdapat dalam pelbagai rekaan yang menarik khususnya. Rekaan yang ringkas dan menawan kini tidak ketinggalan bagi mereka yang bergaya sopan dalam sarungan gaun maxi.

Kylie Lang Work Wear - Kassy Dress

T-Joue - Cowl Neck Jersey Dress

Ethnic Chic - Afsoon Jersey Dress

Teman baik kepada wanita ini sentiasa menjadi peneman melindungi setiap langkah agar teratur dan penuh keyakinan. Buangkan persepsi kasut (http://maxis.zalora.com.my/#/women/shoes/) pejabat yang harus bertutup dan berona bosan dan langkah anda pasti tambah gah dengan variasi sepatu milik anda.

Jane Holli - J Sheena Lace Up Bootie

Nose - Heels with Buckle Strap

Sole Nice - Casual Ballerina

Seperti biasa manakan lengkap gaya tanpa sentuhan aksesorimenghidupkan lagi penampilan anda yang pasti menyerlah. Daripada tas tangan, kacamata hitam, jam tangan, tali pinggang dan skaf, semuanya boleh digunakan untuk merias diri anda.

CR2 - Woven Handle Shoulder Bag

Nose - Croco Tote Large Bag

Wrap by Catalyst - Snake Skin Gold Buckle Belt

Wrap by Catalyst - Flower Tree Printed Scarve

Cosmopolitan - Cosmopolitan Classic Elegance Watch

Jika rencana stail anda dilengkapi setiap item diatas ini, anda tidak lagi menghadapi kesukaran untuk menata gaya untuk keluar bekerja. Kini Zalora Malaysia (http://maxis.zalora.com.my/#/ )tidak ketinggalan menawarkan servis membeli belah daripada mana sahaja lokasi anda diseluruh negara. Lengkap dengan tips, berbelanja di Zalora pasti memberikan anda peluang berjimat dan melayani keinginan anda untuk kekal stail dan trend dengan tawaran hebat setiap masa.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista