Azwan Ali Akui Cukup Baran Dengan Sikap Dato`Fazley

berita | Tempatan

Azwan Ali Akui Cukup Baran Dengan Sikap Dato`Fazley

addthis kongsi icon

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 20 SEPT 2012: Produser dan pengacara, Azwan Ali akui pernah berkecil hati serta baran dengan sikap penyanyi dan tukang masak, Dato' Fazley Yaacob ketika mereka sama-sama berada di akhir-akhir program masakan Masterchef Selebriti Malaysia pertama dahulu.

Namun, Azwan Ali memberitahu dia tidak berniat untuk memanjangkan lagi isu tersebut, memandangkan Juara Masterchef Selebriti Malaysia itu sendiri sudah mengakui kesalahannya secara peribadi kepadanya.

"Terus-terang memang saya pernah mengamuk dan agak baran dengan Dato' Fazley kerana sikapnya yang telah melukakan hati saya ketika kami sama-sama dalam program masakan itu.

"Namun begitu, biarlah saya menyimpan sahaja punca yang menyebabkan saya menjadi terlalu marah dengan sikapnya itu kerana saya sendiri tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Lagipun, Fazley sendiri sudah mengakui kesalahannya serta meminta maaf secara peribadi kepada saya," katanya kepada murai.com.my

Menurut Azwan lagi, kini hubungannya bersama Dato' Fazley semakin baik dan dia sendiri kagum dengan sikap Fazley yang sangat merendah rendah serta menghormati dirinya.

"Rasa baran saya ini lama-lama terubat selepas melihat sikap dia (Fazley) yang bersungguh-sungguh untuk berbaik dnegan saya dan cuba menghormati saya sehingga tahap yang tertinggi.

"Itulah kelebihan Fazley berbanding artis-artis lain terutama artis yang pernah memounyai isu pergaduhan dengan saya.

"Kalau artis lain pasti tidak sepertinya, malah masih mahu menang serta bertengkar dnegan saya. Bagi saya sifat Fazley ini harus dicontohi oleh ramai artis di Malaysia," luah Azwan di majlis rumah terbukanya, malam semalam.

Bukti pendamaian mereka terlihat apabila Fazley sendiri datang ke rumah terbuka Azwan dengan membawa hadiah 2 biji kek. Selain Fazley rumah terbuka Azwan juga turut dihadiri oleh artis-artis lain seperti Aznil Nawawi, Anita Baharum, Johan Raja Lawak, Rosnah Mat Aris, Tomok, Raja Azmi, Ifa Raizah, Maria Farida, Roslan Shah, Iz Suliani, Chef Zam, Datin Noniswara, Angeline Tan, Mamat Sepah dan ramai lagi.

Komen-Komen | 6
Hantar Komen Anda
entahlah double A nie propa je lebih... huhuhu
EYDA - 21-Sep-2012

Sekali pandang gambar diatas pon dah boleh nampak nur yg terpancar di muka Dr Fazley dan 'tanduk' di kepala Azwan
Kak Pon - 21-Sep-2012

Ko ingat ko hebat sgt smpai semua org nak merendah diri dgn ko, lain ar kalo sikap ko baik, ko pun dh mcm.. teettttttt
opssss - 21-Sep-2012

dia ni mmg saja nak cari publisiti murahan ..tak nak panjangkan cerita kau saja nak memburukan org lain nak sgt tunjuk kau baik . Mmg sikap kau tak profesional lah azwan patut awal2 kau dah keluar dari MC..buat kerja semua bising ..kecoh ! menyampah
let it be - 21-Sep-2012

patutnye azwan yg kene ubah sikap.. dia yg plg byk musuh dlm byk2 artis malaysia.. meluatttt
opocot - 21-Sep-2012