Shila Amzah: Doakan Saya Untuk Final Asian Wave

berita | Tempatan

Shila Amzah: Doakan Saya Untuk Final Asian Wave

addthis kongsi icon

Teks: Razif Rosdi
Foto: Ihsan Shila

SHANGHAI, 20 SEPT 2012: Sungguhpun mengakui tidak tertekan dengan pertandingan Asian Wave, namun Shila Amzah mengakui dia agak terkejut apabila pihak media dari China melabelkan dirinya sebagai satu-satunya penghalang bagi peserta daripada negara republik itu untuk menjuarai pertandingan ini.

Bagaimanapun, Shila berkata, dia hanya berserah saja pada Tuhan dan berjanji akan melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama negara.

"Sukar untuk saya beritahu siapakah yang menjadi pesaing terdekat saya. Kesemua peserta hebat-hebat belaka. Masing-masing ada kekuatan tersendiri.

"Lagipun format pertandingan ini seperti pertandingan sukan Olimpik. Ia tidak seperti pertandingan nyanyian yang lain. Apatah lagi ia tidak pernah ada di negara kita. Pada peringkat akhir ini pun, Shila perlu menghadapi tiga pertarungan.

"Sekiranya Shila menang pertarungan pertama, barulah Shila boleh mara untuk menghadapi dua lagi pertarungan. Untuk battle yang pertama ini, Shila perlu berlawan dengan penyanyi dari Thailand iaitu Ten.

"Ten dikategorikan penyanyi seperti Beyonce. Insya-Allah, battle pertama ini, saya akan menyanyikan lagu Gemilang dan lakukan sehabis baik," kata Shila yang dihubungi murai.com.my petang tadi.

Mengulas mengenai undian online untuk mencari peserta yang paling popular, Shila bersyukur kerana dia berada di tiga tangga yang teratas.

"Alhamdulillah, undian Shila semakin meningkat. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi. Pada peringkat awal, Shila berada di tangga yang kesembilan. Alhamdulillah, sekarang Shila di nombor yang ke-2.

"Shila sebenarnya rasa terharu dan berbangga apabila dapat bertanding dengan penyanyi hebat dari negara yang menyertainya. Shila difahamkan, penyanyi yang lain dipilih menerusi uji bakat yang telah diadakan di negara masing-masing. Namun, ianya tidak seperti di Malaysia.

"Shila juga bersyukur apabila imej Shila berhijab ini diterima dan dianggap sebagai imej negara kita. Doakan Shila dapat lakukan persembahan terbaik malam ini," jelas Shila.

Undian bakal ditutup beberapa jam sebelum pertandingan bermula. Pertandingan akan bermula jam 8.30 malam ini dan bersiaran selama 4 jam. Rakyat malaysia boleh menontonnya secara live streaming menerusi saluran SMG youtube.

Undi Shila sekarang di sini

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





all the best shila amzah
caya lah - 20-Sep-2012