Raja Azura Mengaku Pegang Tangan Tapi Tak Rujuk Lagi

berita | Tempatan

Raja Azura Mengaku Pegang Tangan Tapi Tak Rujuk Lagi

addthis kongsi icon

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 20 SEPT 2012: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau Kak Engku mengaku berpegangan tangan dengan bekas suaminya, Adzmin. Bagaimanapun, dia menafikan dengan tegas bahawa dia sudah rujuk kembali dengan bapa kepada tiga anaknya itu.

"Siapa yang kata saya ni dah balik semula dengan bekas suami saya? Saya dengan dia masih lagi belum rujuk lagi. Namun, saya mengaku memang ada berpegangan tangan dengan dia. Tapi, itu semua hanya di depan anak-anak saya saja.

"Lagi pun, sehingga saat ini, anak-anak saya tidak mengetahui bahawa ibu bapanya sudah pun bercerai. Kami sengaja buat begitu di hadapan mereka. Sebagai ibu, saya tidak mahu menganggu pemikiran anak-anak saya yang masih lagi kecil dan bersekolah.

"Saya suka dengan keadaan saya sekarang ini. Setakat ini, belum ada sebarang perubahan lagi tentang hubungan kami. Saya dengan Adzmin masih lagi baik tapi hanya baik hanya sebagai kawan saja. Tidak lebih dari itu. Pun begitu, saya tidak boleh tolak kepada jodoh yang akan datang nanti," katanya kepada murai.com.my.

Meneruskan penjelasan, Kak Engku memberitahu tanggal 28 September ini, genaplah 2 tahun penceraiannya dengan Adzmin.

"Hingga saat ini, belum ada sesiapa lagi di hati saya. Masih belum ada pengganti lagi. Saya tidak ada rasa kesal mengenai ketentuan yang sudah ditetapkan buat saya. Memang benar, saya masih lagi keluar bersama dengan dia, tetapi bersama anak-anak.

"Saya pun ada berpegang tangan dan menunjukkan kemesraan kami. Tapi, seperti yang saya katakan tadi, semuanya dilakukan demi anak-anak. Untuk kembali bersama seperti dulu, belum lagi rasanya. Hanya doakan yang terbaik buat kami sekeluarga saja. Lagi pun, saya belum bersedia untuk bersama dia lagi.

"Saya sudah selesa dengan kehidupan saya masa ini. Saya tidak perlu memikirkan soal suami. Saya hanya fikir tentang anak-anak dan kerjaya saya saja," jelasnya sebaik saja selesai sidang media konsert R&R Sinar FM, petang semalam.

Dalam pada itu, Kak Engku turut mengaku masih beraya bersama bekas suaminya itu pada sambutan Aidilfitri yang lalu.

"Kami masih lagi beraya bersama. Dia pun ada balik ke rumah keluarga pihak saya dan saya pun izinkan dia untuk bawa pulang anak-anak di sebelah pihaknya. Saya buat sebegini supaya anak-anak tidak mempersoalkannya.

"Kami hanya baik dari segi luaran saja. Malah, hubungan kami dengan keluarga masing-masing masih lagi sama seperti waktu kami sah bergelar suami isteri. Bapa mentua saya pun ada menasihati agar kami merujuk kembali.

"Namun, masih belum lagi untuk kami membuka laluan ke arah itu. Saya juga tidak boleh menyangkal perasaan sayang terhadap Azmin. Yelah, saya pun pernah menjadi isterinya dan melahirkan tiga orang anak untuknya," ujarnya lagi.

Menamatkan penjelasan dengan menolak sudah punyai kekasih baru, Kak Engku dengan berseloroh mengaku ada ramai jejaka yang cuba memikat hatinya.

"Kawan terdekat saya ada juga memperkenalkan saya dengan lelaki lain. Tapi, saya masih lagi tidak mahu. Ramai juga lelaki datang nak kenal dengan saya. Apapun, saya hanya mahu fikir soal karier dan anak-anak saja. Kalau nak kata saya kahwin lari pun tak logik juga kerana jadual saya padat sebagai penyampai radio Sinar FM," katanya.

Komen-Komen | 12

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





kenyataan mmg pahit dan xslalunya manis..tp bterus terang adalah jalan yang tbaik..kerana kenyataan tetap kenyataan walau disembunyi mcmana skalipun..pkr2knlh..
bearbear - 22-Sep-2012

buang yg keruh,ambik yg jernih la kak engku.kata pun demi anak2.jd trlindung jua segalanya dr dosa.
farahfahmi - 22-Sep-2012

pelahan2lah dr terus menerus tutup cerita, berlakon depan anak2 lagi memalukan.sbg peminat rasanya perbuatan kak ungku tak patut, berterus-teranglah demi kebaikan bersama..anak2 akan faham malah ada harapan rujuk dgn permintan anak2 nanti..percayalah
illa - 22-Sep-2012

Kak Ungku hanya menipu anak saja, dalam kata lain tak perlu pun buat begitu..berpegangan tangan bagai..kalau dah terubat marah dihati rujuk saja..jgn ajar anak2 hipokrit..perbuatan kak ungku tak patut walaupun apa alasannya..face the fact..
illa - 22-Sep-2012

siapalah kita nak menghukum orang berdosa,diluar sana banyak lagi yang melakukan maksiat tak ada pun orang nak kata,just bcoz she a public figure kita nak dok mengutuk dia..
kembss - 22-Sep-2012

1 2 3