Yuna, Mizz Nina Di Permaidani Merah Malam Ini

stailista | Buletin Stailista

Yuna, Mizz Nina Di Permaidani Merah Malam Ini

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @stailista
Instagram: stailista

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2012: Hanya tinggal dua hari saja lagi butik fesyen harian terkenal H&M bakal membuka pintung gerbang sulungnya di negara ini iaitu di pusat beli-belah Lot 10.

Bagaimanpun malam ini bakal menyaksikan keistimewaannya tersendiri, apabila barisan selebriti hebat akan menggayakan persalinan terkini dari H&M sempena majlis pelancaran dan pembukaan besar-besaran butik antarabangsa berkenaan.

Laluan permaidani merah pastinya akan berkedipan dengan ratusan lensa kamera yang merakamkan detik indah selebriti popular dan pengamal fesyen tanah air yang akan tampil hebat pada acara fesyen paling dinanti-nantikan itu.

Tunggu kemunculan tersendiri pasangan suami isteri muda bergaya, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari serta penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna dan Mizz Nina yang akan tampil tersendiri dalam busana trendy H&M.

Pastinya ramai yang tidak sabar ingin melihat apa yangakan disarungkan mereka dari hujung rambut hingga hujung kaki pada malam ritma fesyen itu nanti.

Tidak ketinggalan juga pelakon hebat, Elfira Loy, bekas Ratu Cantik Dunia Malaysia 2008/2009, Soo Winnci dan penyanyi, Iz Sulaini yang akan tampil serba glamor dengan persalinan mix and match masing-masing .

Pastinya lebih ramai selebriti popular yang akan hadir pada acara berkenaan bersama persona tersendiri.

Tapi sama ada ianya Stailista atau Opss...? Itu akan kita nantikan kerana segmen Stailista turut diundang bagi memeriahkan acara berkenaan.

Inilah antara tarikan yang dijanjikan sempena majlis pelancaran dan pembukaan rasmi butik H&M di Malaysia, di mana fesyen, glamor dan kemeriahan digabungkan di bawah satu bumbung.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista