Soo Wincci Terima Gaun Bernilai RM80,000

stailista | Buletin Stailista

Soo Wincci Terima Gaun Bernilai RM80,000

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali
Foto ohsan Wake The Baby Records
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @Stailista

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2012:
Nama bekas Ratu Dunia Malaysia 2008/2009, Soo Wincci semakin mekar dipersada seni hiburan tanah air, lebih-lebih lagi selepas beliau melahirkan single pertamanya berjudul Terus Teranglah ciptaan Ajai dan Joe Flizzow.

Malah sempena penganjuran Golden Awards yang akan dianjurkan pada 22 September ini, dia telah dicalonkan untuk dua kategori iaitu Aktres Baru Terbaik dan Aktres Paling Popular.

Lebih istimewa lagi, apabila peserta MasterChef Malaysia itu bakal menyarungkan gaun indah bernilai hampir RM80,000 yang diterbangkan khas dari bandaraya New York, hasil rekaan pereka fesyen tersohor global, Michael Kors.

Gaun meleret merah menggoda yang diberi nama Crimson Stretch Matte Jersey Goddes Gown itu akan dipakai Soo Wincci untuk melalui laluan permaidani merah dan mungkin akan membawa tuah untuk dia merangkul anugerah pada malam kemuncak berkenaan.

Khabarnya, gaun mewah itu diperolehi daripada hasil hubungan baik pihak pengurusan Soo Wincci sendiri dengan syarikat peruncit fesyen tersohor tanah air yang bertanggungjawab membawa nama Michael Kors di Malaysia iaitu Valiram Group.

Tambahan pula dengan kecantikan, personaliti, fizikal yang tinggi serta reputasi baik Soo Wincci di dalam industri tempatan, tidak sukar bagi pihak Michael Kors untuk mengatakan tidak.

Tunggu saja penampilan hebat Soo Wincci bersama gaun istimewa Michael Kors pada malam Golden Awards yang akan ditayangkan secara langsung di saluran NTV7.

Komen-Komen | 2

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





I am curious all these while in the case of artists sponsored by some designers. Usually, the gown will be theirs or the sponsor will take back? If they take back, who would buy the 2nd hand dress?
Gincu - 22-Sep-2012

minat la dia ni sejak masuk master cafe...so cute....
diya - 21-Sep-2012






Blog Stailista Terkini


I Love Stailista