Hamil 5 Bulan, Ning Sentuh Pasal Jantina Anak

berita | Tempatan

Hamil 5 Bulan, Ning Sentuh Pasal Jantina Anak

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2012: Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya diva soul negara, Ning Baizura akhirnya mengumumkan secara rasmi kepada pihak media tempatan bahawa dia telah pun disahkan hamil 5 bulan.

Kenyataan rasmi itu telah pun dibuat oleh Ning di sebuah sidang media khas di Restoran Bijan, Jalan Ceylon, di ibu negara, petang tadi.

"Alhamdulillah kerana termakbul juga doa kami untuk mendapat anak kerana sebelum ini saya hampir-hampir diberitahu doktor bahawa saya tidak boleh mengandung. Saya dan suami amat gembira menanti kehadiran cahayamata sulung kami ini," katanya kepada murai.com.my.

Terdahulu, kehamilan Ning Baizura telah pun di spekulasi banyak pihak. Biar pun tidak mengiyakan atau menafikannya, namun Ning Baizura lebih suka menanti waktu yang sesuai untuk mengumumkannya secara rasmi.

Malah, sewaktu menghadiri tayangan gala Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki baru-baru ini, Ning Baizura tidak menafikan bahawa dia sedang hamil.

Malah, penyanyi yang bakal muncul dengan single terbaru Dia Sejati iaitu lau tema filem Lagenda Budak Setan ini meminta portal murai.com.my supaya hadir ke sidang media tentang pengumumannya kehamilannya itu.

Begitupun, dia masih belum mengetahui tentang jantina anaknya.

"Tidak kisahlah jantina apa pun anak kami nanti. Tapi, saya suka kalau dapat anak perempuan. Kalau suami pula, dia nakkan anak lelaki," kata isteri kepada Omar Sharif Christopher Layton yang gemar makan sayur sejak disahkan hamil.

Komen-Komen | 10

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





ishkk .. nak memaklumkan ngandung pun di buat sidang media .. punyalah hebat.
sha - 22-Sep-2012

Alhamdulillah,anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri dan penyeri rumahtangga.tahniah for ning & suami
siti payong bertam - 21-Sep-2012

x pe la mgkin blm rezki lg 2 dato ct.x yha la kutuk2x,,,sy pn x lama ada baby..tau,,hehehjngn brhnti berdoa je..mst ada 2...
ella - 21-Sep-2012

alhamdulilah rezeki allah bgi kat kita.... anak tu harta yang bernilai di atas dunia ni.... jaga lah baik-2 kandungan tu semoga bersalin dgn selamat
halim - 20-Sep-2012

terbaikkkkkkkkkkkkkkkk......tahniah ning..
koko - 20-Sep-2012