PFM Jawab Isu Tentang Format Anugerah Blokbuster 2011

berita | Tempatan

PFM Jawab Isu Tentang Format Anugerah Blokbuster 2011

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2012: Terpalit dengan pelbagai cerita yang kurang enak didengar mengenai format dan pemilihan calon untuk beberapa kategori yang bakal dipertandingkan dalam Anugerah Blokbuster 2011, pihak Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem (PFM) selaku pihak penganjur telah dihujani dengan pelbagai pertanyaan panas yang bersangkut paut mengenai penganjuran anugerah tersebut dalam sidang akhbar keduanya yang diadakan di Hotel Corus, petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif PFM, Pansha Nalliahberkata, pihaknya faham dengan segala persoalan yang timbul mengenai format dan pemilihan calon untuk beberapa kategori yang bakal dipertandingkan dalam Anugerah Blokbuster 2011 itu.

"Namun, ingin saya tekankan disini Anugerah Blokbuster adalah 100% dipilih oleh penonton. Tiada juri yang terlibat, hanya penonton yang menjadi juri melalui penghakiman yang dibuat secara online dan SMS.

"Pencalonan awal pula dibuat melalui nama yang dipilih oleh pihak penerbit dan dihantar kepada penganjur. Jadi tiada sebab mengapa ada yang tercalon atau tidak kerana pencalonan itu datangnya daripada penerbit sendiri.

"Anugerah ini pun dibuat sekadar mahu memeriahkan industri perfileman tempatan. Kita sudah ada Festival Filem Malaysia yang mengangkat seseorang karyawan seni melalui hasil kerja filem di bidang masing-masing.

"Manakala Anugerah Blokbuster 2011 pula dibuat untuk memberi peluang kepada penonton memilih filem dan pelakon kegemaran mereka mengikut kategori yang ditetapkan,"jelasnya panjang lebar mengenai anugerah yang mengambil format MTV Awards dan People's Choice Award ini.

Anugerah Blokbuster 2011 akan berlangsung pada 6 Oktober 2012, pada pukul 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam. Untuk anugerah ini sebanyak 34 filem telah layak dicalonkan dan penonton boleh membuat pengudian di www.anugerahblokbuster.com.my selain daripada SMS yang juga menjadi salah satu cara anda memilih filem kegemaran anda.

Kedua-dua saluran penghakiman ini sudah dibuka bagi membolehkan anda menentukan Top 5 pilihan anda melalui Top 10 yang telah tersenarai di laman tersebut. Keputusan akan ditentukan melalui gabungan undian daripada online dan SMS yang tertinggi bagi setiap cara pengundian.

Astro Ria dan Radio ERA akan menjadi penyiar dan radio rasmi pada malam tersebut di mana tema dipilih adalah Letusan Blok Warna.

Acara yang bermula pada jam 8.30 malam itu bakal menyaksikan Scha Alyahya, Thanuja, Hanif Era FM dan Hafizul On Air sebagai hos red carpet. Zizan, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki diberi kepercayaan untuk meneraju anugerah tersebut sebagai hos.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: