Juri Asian Wave Gelar Shila Amzah Superstar

berita | Luar Negara

Juri Asian Wave Gelar Shila Amzah Superstar

addthis kongsi icon

SHANGHAI, 19 SEPT 2012: Persembahan Shila Amzah di pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri dan penonton yang mengikuti program ini. Malah, salah seorang juri pertandingan ini iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan nyanyiannya itu.

Lebih menarik lagi, juri yang berasal dari Malaysia tetapi menetap di China itu berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

"Saya berjanji akan mencari jalan agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar," ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegini akan terpancul dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

"Ya, saya tidak terfikir Eric boleh mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi," ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric memberitahu bahawa sememangnya Shila layak memegang gelaran Superstar.

"Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak sudah pun menjadi Superstar," tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

Komen-Komen | 16

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





tahniah shila, anda memang layak jadi juara,kekalkan suara, imej anda skg jauhi gosip2 atau tingkahlaku yang boleh menjejaskan kepercayaan peminat terhadap anda. tahniah sekali lagi
shaa - 21-Sep-2012

pada saya suara dia kurniaan Allah..memang sedap di dengar..tp jika shila nyayi lagi bahasa inggeris mmg sgt sedap berbanding lagu melayu ..ini hanya pandangan saya aje..jgn le marah erkk..huhu
june - 20-Sep-2012

mmg meremang bulu roma tgk dia nyanyi lagu tu...sedap,lemak merdu semua cukup.
neena - 20-Sep-2012

die mybe juara..
Hans shah - 19-Sep-2012

anda yang terbaik shila..bolelah tu jenis yang xleh tengok kejayaan orang..hasad dengki x elok untuk kesihatan..
chillah - 19-Sep-2012

1 2 3 4