Juri Asian Wave Gelar Shila Amzah Superstar

berita | Luar Negara

Juri Asian Wave Gelar Shila Amzah Superstar

addthis kongsi icon

SHANGHAI, 19 SEPT 2012: Persembahan Shila Amzah di pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri dan penonton yang mengikuti program ini. Malah, salah seorang juri pertandingan ini iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan nyanyiannya itu.

Lebih menarik lagi, juri yang berasal dari Malaysia tetapi menetap di China itu berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

"Saya berjanji akan mencari jalan agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar," ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegini akan terpancul dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

"Ya, saya tidak terfikir Eric boleh mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi," ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric memberitahu bahawa sememangnya Shila layak memegang gelaran Superstar.

"Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak sudah pun menjadi Superstar," tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

Komen-Komen | 16

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





mmg bes, kalo nk dibandingkan dgn stacy.. ptutnya at least dia dpt naib juara dlm mania. adoyai
sasi - 23-Sep-2012

aku agak dah...memang ada phd punya la kat sini ke,kat sana ke....
sukasuki - 22-Sep-2012

inilah orang malaysia.. orang luar puji.. dia lak kutuk.. apa lah.. tahniah shila..:)
sarah_nina - 22-Sep-2012

SY BANGGA NGN SHILA,,SY SETUJU DIE KURANG POPULAR DI MSIA... NYANYIAN BAHASA MELAYU TAK SEDAP TP NYANYIAN DLM BI is superb!!!!
RIXDA - 21-Sep-2012

tahniah shila...biasa lah orang kt..menang kene kutuk..kalah pon org ngata....apapun....tahniah ....semoga lebih success
awann - 21-Sep-2012

1 2 3 4