Sharnaaz Terkilan Tak Temani Shila Di Final Asian Wave

berita | Tempatan

Sharnaaz Terkilan Tak Temani Shila Di Final Asian Wave

addthis kongsi icon

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2012: Kekasih Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad mengakui dia terasa berat hati dan terkilan kerana tidak dapat menemani teman wanitanya itu ke pertandingan akhir Asian Wave di Shanghai, China yang telah pun bermula sejak 31 Ogos hingga 20 September 2012 (esok).

Malah, jejaka kacak yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Darah Panas ini turut memberitahu murai.com.my bahawa dia sebenarnya memang mempunyai perancangan untuk berangkat ke sana. Pun begitu, usahanya itu tidak berjaya kerana masih lagi terlibat dengan beberapa babak penting untuk filem berkenaan.

"Bagi saya, sama ada Shila masuk ke peringkat final atau pun tidak, saya tetap akan menyokongnya. Saya juga sentiasa berada di sisinya walaupun tatkala ini, saya tidak berpeluang ke Shanghai untuk melihat sendiri pertandingan berkenaan.

"Sebolehnya, saya memang mahu ke sana. Namun, saya tidak boleh berbuat demikian berikutan jadual saya yang begitu padat dengan penggambaran. Begitu juga dengan keluarga saya. Apapun, kami sentiasa menyokong Shila.

"Terus-terang, saya berasa sangat gembira dan bangga dengan pencapaian Shila. Saya tahu perkembangan Shila di sana apabila dia selalu hubungi saya menerusi telefon," katanya ketika dihubungi murai.com.my pagi tadi.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui bahawa di hatinya, Shila adalah penyanyi nombor satu di Malaysia. Pengakuan ini dibuat bukan disebabkan Shila kekasihnya. Sebaliknya, kenyataan ini dibuat bersandarkan pencapaian dan komitmen Shila menerusi kariernya sebagai penyanyi.

"Shila penyanyi nombor satu. Tiada penyanyi yang boleh lawan dengan dia. Saya bukan cakap dek kerana dia kekasih saya, tetapi ia adalah kerana saya sendiri nampak attitude Shila sebagai penyanyi.

"Kalau diizinkan, saya memang nak lihat dia pergi sendiri menyanyi di peringkat final. Pun begitu, apakan daya, saya masih terikat dengan kerja-kerja penting di sini. Apapun, saya tidak mahu Shila terlalu mengharap. Saya juga tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi buatnya. Saya doakan dia berjaya dan Insya-Allah, Shila dijadualkan pulang ke tanahair pada 26 September nanti," jelasnya lagi,

Pertandingan Asian Wave ini telah melibatkan 30 penyanyi dari Malaysia, China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, India, Hong Kong, Taiwan dan Jepun. Hanya 12 yang berjaya mara ke final yang mana Malaysia diwakili 3 orang penyanyi termasuk Shila.

Pada peringkat final esok malam, hanya enam negara yangakan bertanding iaitu China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India. Difahamkan, Shila yang berjaya tersenarai sebagai salah seorang finalisnya bakal mendendang lagu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin pada peringkat final nanti.

Komen-Komen | 5

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





briliant shila...akak bangga dengan kejayaan shila...harap sharnaaz bg support yg kuat...coz diblakang seorg wanita selain family pasti ada seseorg yang menjadi inspirasi...
atim - 20-Sep-2012

Penyanyi no. 1 Malaysia, blm lg rsanya, msih byk msa lg diprlukn. No. 1 skrg ttp Dato' CT. Dr sgi pncpaian, Alyah, Misha, Jac lbh lg, bgitu jg AZ, FT, Aizat, Hafiz dll.
Nora - 20-Sep-2012

sweet sngat sharnaaz,,^^
gaga - 19-Sep-2012

X perlu temankan bukan mahram
Ida - 19-Sep-2012

So proud of you my dear Shila..semoga success... Ahkak sampai nanges dek non walaupun x faham bahsa cina..anyway u've done a good job as one of Malaysian Singer..
baiyafaisyah - 19-Sep-2012