KL, 19 SEPT 2012: Sukar untuk Murai Batu mahu percaya dengan cerita terbaru tentang seorang penyanyi ini. Namun, inilah lumrah dunia. Yang cantik di luaran tidak semestinya indah dalaman. Apapun, inilah kisah yang disampaikan oleh insan yang amat mengambil berat tentang penyanyi ini.
"Aku betul-betul tak sangka. Suami penyanyi tu sanggup buat begitu kepada PA (Pembantu Peribadi) pada si isteri dia. Kasihan betul aku dengar rintihan PA yang telah pun dipecat serta merta tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Selepas menjadi suami, mamat itu rupa-rupanya seorang yang gila kuasa.
"Habis semua duit dan apa aktiviti si isteri telah dikawalnya. Malah, PA isterinya itu juga dituduh tidak buat kerja dengan mengungkit pelbagai cerita yang tidak munasabah. Lebih teruk lagi, sebelum berkahwin, si isteri pernah menghadiahkan telefon mahal kepada PA tersebut, tetapi disebabkan PA itu dah diberhentikan, dia telah merampas semula telefon berkenaan.
"Yang paling tidak sedap tu, PA ni diberhentikan serta merta tanpa ada notis. Dahlah tu, siap marah dan maki-maki lagi," kata sumber Murai Batu.
Apa sudah jadi sebenarnya? Takkanlah si suami ini berkelakuan sedemikian. Apa kes pun, Murai Batu doakan agar pasangan ini bahagia. Janganlah jadi kacang lupakan kulit. Walaupun awak tu suami kepada penyanyi bukan bermakna awak tu boleh ketepikan jasa PA yang banyak membantu isteri kamu itu.
MURAI BATU: Banyak sangat lelaki yang mental problem sekarang ini.





.jpg)



