Will Dan Kate Tidak Gembira Di Malaysia?

gosip | Gosip luar

Will Dan Kate Tidak Gembira Di Malaysia?

addthis kongsi icon

KL, 18 SEPT 2012: Biarpun sekejap sahaja persinggahan pasangan Diraja Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia, namun liputan yang diterima pasangan Diraja Britain ini bukan main meriah lagi. Malah, Murai Batu sendiri pun tak henti-henti melihat perkembangan mereka di internet.

Tetapi apa sudah jadi tentang ceritai gambar separa bogel Duchess of Cambridge itu? Sebuah majalah 'Closer' daripada Perancis telah menyiarkan gambar tersebut ketika pasangan ini sedang bercuti di Chateau D'Autet, kediaman milik anak saudara Ratu Elizabeth di negara itu sebelum mereka terbang ke Asia Tenggara.

Katanya foto ini tersebar pada pagi Jumaat lalu ketika mereka berada di Kuala Lumpur. Putera William dilaporkan marah dengan perkara ini dan ada khabar mengatakan sepanjang berada di Malaysia, dia tidak gembira kerana asyik memikirkan perkara yang telah memalukan isterinya dengan keluarga diraja Britain.

Lawatan ke Sabah juga katanya terganggu dek perkara yang memalukan ini. Pasangan ini dan 'entourage' nya telah berjaga sehingga lewat malam di negeri di bawah bayu itu untuk menyelesaikan perkara ini hingga Istana St James telah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman majalah tersebut. Sepatutnya mereka menghabiskan masa melihat hutan dan pusat pemuliharaan Orang Utan di Lembah Danum.

Turut dilaporkan, Ratu Elizabeth juga menyuarakan perasaan tidak senangnya dengan perkara ini. Antara lain, dia menyifatkan perkara ini telah menceroboh hak peribadi pasangan itu dan penyebaran gambar ini tidak sepatutnya berlaku.

Hal ini menjadi isu besar kepada keluarga diraja ini kerana sebelum ini setiap pasangan kepada waris takhta Britain sentiasa mendapat perhatian seperti mana tragedi yang berlaku terhadap Puteri Diana. Ia disifatkan berpunca daripada sikap paparazzi yang tidak menghormati privacy ahli keluarga Diraja ini.

Susah juga menjadi perhatiankan? Semua benda nak kena jaga. Entah-entah nak korek hidung pun tak boleh. Nasib baiklah identiti Murai Batu masih dirahsiakan. Kalau orang tahu habislah Murai Batu. Semua pergerakan Murai Batu diperhatikan. Eh, popularkah? Oops!

MURAI BATU: Rasa-rasanya pasangan diraja di Malaysia ini ada tak macam ini? Yang belum kahwin dengan anak raja pun dah macam-macam jadinya.

Komen-Komen | 6

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





'manusia biasa tak lari dr kesilapan' itu adalah alasan bg org yg melakukan kesilapan. mereka patut fikir apa yg baik atau tak.
budak boston - 21-Sep-2012

shoot dr 800m ok. betapa berusahanya paparazzi tu!
bola - 21-Sep-2012

ye tau..tapi dh tau dia tumpuan dunia kena jaga jgn lah topless lak..pakailah yg kecik tu..salh dia jugak .paparazi mmg suke smpai lubang cacing pun dia intip slagi boleh.. nk bukak2 dlm bilik jelah..
- 21-Sep-2012

suke sgt kate ni.. wlupun die dtg negara org .. dia tau respect budaya kite... spjng dia kt malaysia ... sopan n sedap je mata pndang pakain2 die huuuhuuu
mrs macaroni - 20-Sep-2012

Setuju.... mereka pun manusia biasa juga..xlari dari kesilapan.. manusia biasa maupun Diraja semua nya sama aja...
Budak Gosip - 20-Sep-2012