Kakak Artis Tak Jadi Kahwin Komposer Popular

gosip | Gosip kita

Kakak Artis Tak Jadi Kahwin Komposer Popular

addthis kongsi icon

KL, 18 SEPT 2012: Terkejut satu Malaya apabila Murai Batu menyampaikan gosip mengenai seorang komposer popular lagi tampan yang bakal berkahwin dengan kakak kepada seorang artis popular ini.

Ramai yang bertanya kepada editor-editor di murai.com.my, siapakah gerangan orang itu. Malah, Murai Batu mendengar, macam-macam nama terpancul di bibir tukang tanya. Tidak kiralah, nama si komposer mahu pun kakak kepada artis popular berkenaan.

Sungguhpun tika dan saat ini masih ramai yang belum ketahui siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Murai Batu itu, namun sumber yang menyampai kisah ini telah mengemas kini gosip terbaru hasil rentetan daripada gosip ini yang telah pun menular ke seluruh meja hiburan tempatan.

Dengarnya, hasrat komposer ini yang mahu memadukan isterinya itu tidak akan terjadi apabila cinta mereka yang dikhabarkan baru bertaut kembali itu selepas kakak artis itu membuat keputusan untuk menarik diri kerana tidak rela dimadukan.

Malah, si kakak artis ini kasihan mengenangkan nasib isteri komposer yang bakal bermadu dengannya itu. Oleh kerana itulah juga, kakak artis ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cintanya itu dan membatalkan niatnya untuk berkahwin.

Pun begitu, komposer itu dikhabarkan masih lagi mahu meneruskan niatnya itu. Apapun, Murai Batu sokong niat kakak artis itu. Bagaimanapun, dia perlu tampil bersemuka dengan isteri komposer itu supaya perkara ini tidak menjadi kronik

MURAI BATU: Jangan guna alasan ikut Sunnah Nabi tapi diri itu tak mampu memberi nafkah kepada isteri lebih dari satu.

Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda