KL, 18 SEPT 2012: Setiap kali diundang berlakon atau melibatkan diri dalam program terbitan di Malaysia, pelakon kacak Randy Pangalilla pastinya akan digandingkan dengan pelakon muda, Elfira Loy.
Bermula dengan telemovie Mimpi Sampai Ke Bintang, Elfira boleh dikatakan artis wanita tempatan yang amat bertuah kerana sering saja berpeluang untuk berdamping dengan Randy yang menjadi kegilaan ramai wanita tempatan.
Rentetan daripadaitu, timbul isu yang mengatakan Elfira mempunyai hubungan istimewa dengan Randy. Bagaimanapun, Murai Batu masih belum dengar adakah mereka ni benar-benar saling jatuh cinta di luar lokasi penggambaran.
Pun begitu, ada sumber terdekat dengan Elfira memberitahu, hubungan mereka berdua ini memanglah boleh diibarat seperti pasangan kekasih. Namun, ianya hanya dari segi luaran saja.
Sumber tersebut memberitahu:
"Ala you all, semua orang mesti cakap dia orang tu macam couple je. Tapi, i kenal sangat dengan dia orang. Sebenarnya, mereka tidak bercinta sebaliknya macam adik beradik.
"Depa ni sering saja bertepuk tampak macam abang ngan adik. I pun pernah dengar yang dua-dua bukan taste masing-masing.
"Senang cerita, Elfira ni bukan taste Randy dan Randy pula bukan taste Elfira. Kalau tidak silap, Randy pun dah ada girlfriend di Indonesia, " kata sumber Murai Batu.
Apapun, Murai Batu masih menunggu bila masanya Randy nak digandingkan dengan pelakon lain. Asyik Elfira je...Best juga kalau Randy bersama dengan Izzara Aishah.
MURAI BATU: Sekali pandang muka Randy macam Shahrizal Jaszle. Betul tak?










