Raja Azmi Bakal Muncul Program Ala Oprah Winfrey Show

gosip | Gosip kita

Raja Azmi Bakal Muncul Program Ala Oprah Winfrey Show

addthis kongsi icon


KL, 15 SEPT 2012: Bukan propah! Tapi inilah yang Murai Batu terdengar daripada pihak produksi di dalam sebuah stesen televisyen berbayar. Khabarnya, penerbit filem yang penuh sensasi lagi kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman bakal muncul dengan program bual bicaranya sendiri, ala-ala macam Oprah Winfrey.

Kenapa Murai Batu kata ala-ala Oprah Winfrey sebab pendekatannya lebih kurang macam itulah. Yang mana, Raja Azmi akan berusaha untuk mendekati, menyelami serta menangani pelbagai isu yang berkaitan dengan kehidupan sosial masyarakat kita dan masalah-masalah setempat.

Pun begitu, yang menjadikan program ini sedikit berbeza apabila sebuah lagi segmen memasak akan turut diselitkan yang mana tetamu undangan yang bakal menjayakan segmen ini terdiri daripada wanita-wanita yang terkemuka serta disegani di negara kita. Menarikkan?

Nampaknya gayanya hajat Raja Azmi yang selama ini memang berangan nak jadi macam Oprah Winfrey bakal tercapailah lepas ni. Kelas Raja Azmi...


MURAIBATU: Dalam diam-diam jer Raja Azmikan. Diam-diam bersiri rupanya.

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Tahniah rezeki tetap ade
Opah - 14-Sep-2012