Cinta Jangan Pergi Sebab Tiz, Remy Ke Eropah

berita | Tempatan

Cinta Jangan Pergi Sebab Tiz, Remy Ke Eropah

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2012: Barangkali ramai yang sudah tahu bahawa pasangan selebriti Tiz Zaqyah dan Remy Ishak bakal bercuti selama 20 hari di Eropah bermula Oktober nanti.

Namun, pemergian Tiz Zaqyah dan Remy Ishak ke sana bukanlah di atas tiket percutian semata-mata, sebaliknya ia lebih kepada urusan kerja yang mana kedua-dua mereka sekali lagi akan digandingkan sebagai pasangan kekasih untuk drama bersiri, Cinta Jangan Pergi seperti mana drama bersiri dan filem Nur Kasih.

Drama bersiri romantik 26 episod arahan Kabir Bhatia itu akan menjalani proses penggambaran lebih tiga bulan. Namun, untuk penggambaran di luar negara seperti London dan Paris, ianya menuntut masa selama 20 hari.

Tiz Zaqyah yang baru saja dilantik sebagai Duta May berkata, Cinta Jangan Pergi menceritakan kisah percintaan di antara Lea Soraya lakonan saya dan Khalil lakonan Remy Ishak yang sama-sama menuntut di London.

"Berlainan dengan watak yang pernah dipegangnya sebelum ini, watak Lea Soraya yang dipegangnya di dalam drama bersiri ini memerlukan dia berambut pendek dan merupakan seorang wanita yang teratur dalam menguruskan kehidupannya.

"Saya juga amat berbesar hati Cinta Jangan Pergi adalah drama bersiri 26 episod yang menceritakan kisah percintaan antara Lea Soraya lakonan saya dan Khalil lakonan Remy Ishak yang sama-sama menuntut di London," katanya kepada murai.com.my.

Cinta Jangan Kau Pergi Sudah pun memulakan penggambarannya di sini dan akan disambung di Eropah kelak. Jika tiada aral, produksi Cinta Jangan Kau Pergi akan bertolak ke London pada 15 atau 18 Oktober nanti. Drama ini akan ditayangkan di TV9 apabila ianya siap sepenuhnya nanti.

Komen-Komen | 1
Hantar Komen Anda
smoge kekal ke akhir hayat...ble lgi nk bersatu....
afidah asyifah - 17-Sep-2012