Kerana Khir Khalid, Mizz Nina Tampil Lebih Edgy

stailista | Buletin Stailista

Kerana Khir Khalid, Mizz Nina Tampil Lebih Edgy

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER 2012: Ketika berlansungnya majlis perlancaran butik pertama Victoria's Secret baru-baru ini, penampilan terkini Mizz Nina telah mencuri perhatian tetamu yang hadir. Apakan tidak, dia sering saja dilihat kerap mengubah gaya dan stail, bukan sahaja pakaian malah gaya rambut dan solekan.

Ketika diminta bercerita mengenai gaya terbarunya itu, kata Mizz Nina ada kisah di sebalik gaya dandanan terkini rambutnya itu. Dalam usaha mencari solusi untuk menutup kerosakan rambutnya akibat sering diwarnakan, akhirnya ia telah berjaya mencetuskan satu penampilan yang begitu chic buat Mizz Nina.

"Sebenarnya potongan rambut baru saya ini adalah idea daripada jurusolek saya, Khir Khalid yang mencadangkan untuk mengubah potongan rambut bagi membuatkan ianya nampak lebih sihat. Kekerapan menukar warna rambut menjadikan rambut saya rosak dan perlukan rawatan rapi.

"Pilihan potongan bob ini sememangnya kena dengan jiwa saya kerana saya memang sukakan gaya edgy dan lain daripada yang lain. Apa yang paling penting ia memberikan gaya yang lebih segar dan bertenaga dengan rambut ini. Noh pun menggemari gaya terbaru ini, katanya lebih menawan,"ujar Mizz Nina berseloroh bercerita mengenai gaya terbarunya kini.

Mizz Nina juga antara selebriti yang pandai bergaya dalam setiap majlis yang dihadirinya.Tidak kira sama ada untuk acara formal mahupun semi formal, atau di majlis fesyen, kemunculan wanita ini jarang mengecewakan.

"Individu atau ikon yang sering menjadi rujukan saya setiap kali mencari idea bergaya adalah Victoria Beckham.

"Tetapi saya lebih suka memanggilnya Posh Spice kerana dia memang seorang yang 'posh' dan bijak memakai. Jika mengikut jiwa saya sebenar, saya lebih tertarik kepada gaya kasual dan ringkas sahaja.

"Walaupun kasual, pasti ada cara untuk membuatkannya tampak bergaya. Seringkali saya menggemari stail kakak saya kerana dia memang bijak bergaya kasual tapi ada sesuatu yang menarik dalam setiap gayanya itu,"ujarnya mengenai rujukan fesyennya untuk sentiasa tampil trendy.

Pada malam itu dia mengenakan label terbaru daripada jenama adik beradik kembar PU3, Whenoureyesmet yang bakal menemui pencinta fesyen tempatan tidak lama lagi. Menurut Mizz Nina, dia memang menggemari hasil rekaan adik-beradik kembar itu dan sentiasa menyokong label rekaan pereka tempatan.

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





cantik giler siot..
wow - 16-Sep-2012






Blog Stailista Terkini


I Love Stailista