Putera William, Kate Middleton Tunduk Pada Siapa?

gosip | Gosip kita

Putera William, Kate Middleton Tunduk Pada Siapa?

addthis kongsi icon



KL, 14 SEPT 2012: Bertuah sungguh Asmidar kerana menjadi satu-satunya penyanyi baru yang berpeluang untuk membuat persembahan di hadapan Dutch and Duchess Of Cambridge, Putera William, Kate Middleton dalam persembahan sempena makan malam diraja yang diadakan di Istana Negara, malam tadi.

Murai Batu diberitahu juara dalam pertandingan Vokal Bukan Sekadar Rupa ini telah membawakan lagu Dirgahayu Tuanku di dalam persembahan makan malam diraja tersebut.

Selain Asmidar, penghibur berpengalaman iaitu diva Dato Sheila Majid serta penyanyi lagu romantis kegilaan ramai iaitu Anuar Zain turut membuat persembahan pada malam itu.

Apapun, dalam acara makan malam diraja tersebut, kaki intip Murai Batu telah berjaya merakamkan foto Putera William dan Kate Middleton dalam keadaan menunduk. Kenapa diaorang menunduk dan diaorang tunduk pada siapa? Mesti korang semua nak tahukan?

Kaki intip Murai Batu pun beritahulah. Katanya Putera William dan Kate Middleton menunduk kerana mahu berbual dengan beberapa penari kanak-kanak yang comel.

Wah bertuah sungguh penari-penari cilik tersebut.

MURAIBATU: Hajat teman Murai Batu masuk istana sudah termakbul. Mudah-mudahan impian yang lain akan termakbul jua.. Amin

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: