Hamil, Alasan Ning Baizura Untuk Makan?

berita | Tempatan

Hamil, Alasan Ning Baizura Untuk Makan?

addthis kongsi icon



KUALA LUMPUR, 18 SEPT 2012: Sejak disahkan hamil, wajah penyanyi dan diva soul negara, Ning Baizura kelihatan cukup berseri-seri sekali. Barangkali itulah pembawaan segelintir wanita yang berbadan dua.

Namun, bagi yang telah sekian lama mengenali Ning, kehamilan itu memang sangat dinanti-nantikan buat dia dan suami tercintanya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton.

Apabila ditanya tentang kehamilannya, Ning Baizura hanya tersenyum seperti mahu semua orang menunggu sidang medianya yang akan diadakan pada esok hari.

"Tapi, sekarang ini saya ada 'reason' untuk makan," katanya sambil tersenyum.


Biarpun tidak mengulas lebih lanjut tentang hal itu, tapi ia sudah cukup menjelaskan bahawa alasan itu ada sangkut-pautnya dengan kehamilannya itu.

Ning Baizura dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton bernikah di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, pada 31 Januari 2008, manakala bersanding Matrade Exhibition & Convention Centre pada 2 Februari 2008.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: