Kerdipan Musim Luruh

stailista | Buletin Stailista

Kerdipan Musim Luruh

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2012: Musim luruh sering menyajikan pelbagai stail baru buat ilham anda kala bergaya. Trend juga terlihat lebih bervariasi mencetus gaya-gaya baru merevolusikan pada saban musim. Musim luruh yang selalunya sinonim dengan rona warna gelap dan kusam, namun tiada istilah sedemikian buat para fesyenista di Malaysia pada musim ini.

Inspirasi dan ilham terserlah dalam potongan dan stail yang ditonjolkan pada setiap rekaan dan keseluruhan himpunan koleksi paduan mainan warna menyerlahkan identiti si pemakai. Bayangkan gerobok anda memiliki semua yang menepati trend terkini, pasti gaya fesyen anda bertambah rancak.

Antara trend yang disebut dan dapat dilihat di kebanyakan pentas peragaan antarabangsa adalah seperti gaya retro dan juga motif flora dan renda selain daripada tweed yang juga menjadi pilihan dan kena dengan musimnya.

Padanan seperti cardigan yang versatile juga menyerlahkan gaya anda.

Himpunan pelbagai pilihan terkini dan skirt yang boleh anda gabungkan bagi menjana lebih gaya malah sebagai proses anda mencuba menata gaya dan menetapkan selera fesyen anda. Sepatu juga pasti menjanjikan keselesaan sepanjang masa kerana tidak lama lagi kita menghampiri waktu berlibur, sudah tentu mahukan yang paling selesa bukan?

Aksesori pasti menyempurnakan gaya agar tidak terlalu ringkas dan malas. Pilihan sudah tentu yang bakal mengalihkan tumpuan mata memandang kepada cetusan berani rias lengkap gaya anda. Sudah bersedia untuk memiliki semua ini, ayuh kita teroka apa yang bisa ditawarkan Zalora Malaysia menjadi pilihan Stailista buat anda!

Pilihan Stailista Menjengah Musim Luruh Ini:

Variasi blaus daripada pelbagai cetakan, potongan dan motif yang sesuai dengan gaya serta corak fesyen anda.

Lash - Blause Tanpa Lengan Motif Ikat

ZIP - Blause Cetakan Bulu Burung

Dude and Duchess - Blause Peplum Leher Bulat

T-Joue - Blaus Renda Lengan Kupu-Kupu

Teman baik di musim luruh jika anda berkelana ke tempat dingin, tapi jika disini kardigan bikin anda tampil berbeza!

Thimble- Kardigan

Musso - Kardigan Lengan Kelawar

Chic Yamada - Kimono Jaket

Flow - Kardigan Lengan Panjang

Cetusan ilham skirt pelbagai cetakan dan potongan bikin gaya anda tambah menawan.

ZIP - Skirt Motif Etnik

Nana G - Skirt Asimetri

Poya - Skirt Duyung

Love by Z - Skirt Labuh Corak Etnik

Yang paling selesa buat melangkah yakin dalam gaya tersendiri, ajnas pilihan sepatu melindungi kaki anda.

Sole Nice - Sepatu Net Kasual

NYC - Baji Peep Toe

Ipanema - Sandal Sanadalia Sol Fem

Elemen terpenting merias gaya agar tambah bercitarasa, aksesori digandingkan dalam kuantiti yang minimal.

ZIKKOS.COM - Gegelang Egyptian

Bijoux by X - Rantai Tangan Multi Rona

Kyla Ruiz Brasil - Set Rantai Dan Subang Nilakandi

Gabungan tas dalam gaya bukan sekadar pelengkap malah memudahkan urusan dan pergerakan para sang fesyenista.

Style Weekend - Beg Sandang

XOXO - XOXO Cozy

Catalyst - Satchel Bicolor

Satu keterujaan yang bakal membuatkan anda tidak mahu terlepas memiliki kesemua yang menjadi pilihan Stailista ini. Kala kita menikmati gubahan idea fesyen musim luruh antarabangsa yang bisa anda miliki semudahnya dihujung jari anda.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista