Isu Tarik Diri Bikin Show, Ning Terharu Sokongan Fans

berita | Tempatan

Isu Tarik Diri Bikin Show, Ning Terharu Sokongan Fans

addthis kongsi icon



KUALA LUMPUR, 13 SEPT 2012: Tindakan diva soul, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan persembahan di acara "Guinness Arthur's Day" yang bakal berlangsung pada 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara telah pun mendapat pujian daripada pelbagai pihak, khususnya di kalangan fans dan peminat dunia seni hiburan yang selama ini telah menyokong serta mengikuti perkembangan seni nyanyian dan lakonannya selama ini.


Terharu dengan pelbagai pujian serta maklum balas yang positif, Ning Baizura berkata, dia amat bersyukur kerana peminat telah menyokong 100 peratus tindakannya itu.

"Terima kasih yang tidak terhingga. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana. Saya juga amat berdiri teguh dengan pendrian saya untuk tidak mahu mempromosikan sesuatu yang menyalahi agama.

"Sekali lai, terima kasih peminat kerana menyokong serta menghormati keputusan saya," katanya kepada murai.com.my.


Ning Baizura yang baru saja tampil di Malam Gala filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki di GSC Pavilion malam tadi turut beraksi dengan memperdengarkan lagu tema Lagenda Budak Setan 2, Dia Sejati.

Dia juga bakal mengadakan sidang media tentang kehamilannya pada minggu depan.

Komen-Komen | 3

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Yes..Mizz Nina..??? What about you Mizz Nina?
- 14-Sep-2012

tahniah
brobok - 14-Sep-2012

Mizz Nina??
Awang - 13-Sep-2012