KUALA LUMPUR, 13 SEPT 2012: Penyanyi Asmidar yang popular dengan Biar Sampai Ke Bintang bakal membuat persembahan di hadapan Putera William dan Kate Middleton di Istana Negara pada malam ini.
Persembahan sempena makan malam diraja itu turut dipersembahkan di hadapan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Raja Permaisuri Agong bersama tetamu kehormat yang lain.
Menurut Asmidar, dia berasa gembira dan teruja apabila diberi peluang untuk membuat persembahan di hadapan pasangan ikon sedunia tersebut.
"Ini adalah satu penghormatan buat saya. Tak sangka diberi peluang yang sedemikian. Insya Allah, saya akan cuba perform dengan sebaik mungkin," katanya kepada murai.com.my.
Asmidar bakal membuat persembahan tersebut bersama diva jazz negara, Dato' Sheila Majid.










