Isteri Salleh Ghani, Raja Hamidah Meninggal Dunia!

berita | Tempatan

Isteri Salleh Ghani, Raja Hamidah Meninggal Dunia!

addthis kongsi icon

KUALA LUMPUR, 13 SEPT 2012: Selepas sekian lama bertarung dengan penyakit barah payu dara, akhirnya seniwati veteran Raja Hamidah Raja Saat,80, menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Klang Gate Baru, kira-kira jam 7.05 malam, semalam.

Arwah Raja Hamidah yang juga isteri kepada pengarah veteran tersohor iaitu Salleh Ghani yang pernah mengarahkan filem hebat Seri Mersing meninggal dunia di sisi anak-anak dan cucu-cucunya.

Menurut salah seorang daripada 12 anaknya iaitu Adam Salleh yang juga pengaran rencana Metro Ahad, keadaan arwah semakin tidak stabil selepas waktu Asar. Pandangannya mula kabur dan dia juga tidak dapat memberikan sebarang reaksi ketika bercakap," katanya kepada murai.com.my.

Sewaktu zaman mudanya, Raja Hamidah mula bergiat sebagai pelakon menerusi filem Kampung Sentoasa arahan B Reaves E Elliot terbitan Sound Master Of New York.

Dia yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 9 Disember 1932 Raja Hamidah turut bergiat sebagai penari dan penyanyi latar di Shaw Brotherr serta pemimpin kumpulan muzik Seni wanita. Arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Klang Gate Baru sekitar jam 11 pagi tadi. Warga murai.com.my mengucapkan takziah buat keluarga arwah Raja Hamidah.

Ramai rakan-rakan saudara mara serta penggiat seni yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat arwah. Antaranya Raja Azmi Raja Sulaiman, Raja Azura, Dato Yusof Haslam, Dato Aziz Sattar, Aznah Hamid, Normah Damanhuri, Sharifah Hasnor, Mak Jah, A Galak, Aspalela Abdulllah, Datin Rosnani Jamil, Betty Banafe serta Presiden Seniman, Zed Zaidi dan ahli jawatankuasannya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Amin....

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





al fatihah
cik cun - 13-Sep-2012