Teks oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2012: Sering kali diperhatikan, ramai wanita yang tersalah memilih tas tangan kala berpesta. Tidak kiralah sama ada di pusat hiburan atau sempena meraikan ulang tahun hari lahir sahabat handai.
Ada di antaranya yang mungkin masih belum arif tentang selok belok bergaya ke pesta atau mungkin lebih cenderung ingin menayang tas tangan mewah yang baru dibeli di luar negara atau butik berjenama hebat.
Daripada penampilan anda akan tampak hebat dari hujung rambut hingga hujung kaki, anda mungkin diklasifikasikan sebagai 'out of place' kerana menjinjing tas tangan atau clutch yang bersaiz besar seakan mahu ke pejabat atau bersiar-siar di pusat beli-belah di hujung minggu.
Itu mungkin salah satu situasi yang sering dilihat. Satu lagi bagaimana ingin mengaplikasikan tas tangan ke acara pesta agar masih tampak bergaya dan paling utama, selamat dijinjing.
Maklum sajalah, bilangan pengunjung yang ramai disesebuah tempat hiburan atau lokasi pesta akan membuat seseorang wanita kurang senang untuk menikmati ritma muzik dengan membiarkan tas tangan terbiar begitu saja.
Sudah pastinya, langkah berhati-hati perlu diambil serius oleh setiap wanita kala menjinjing tas tangan ke tempat pesta yang terdapat ramai individu yang tidak dikenali apatah lagi untuk dipercayai keikhlasan mereka.
Jadi bagi memastikan penampilan anda tidak tampak canggung dengan menjinjing tas tangan yang terlalu besar dan juga mengambil kira unsur keselamatan, apa kata pilih tas tangan bersaiz kecil tetapi memiliki tali.
Ingat, kala ke pesta, isilah tas tangan dengan keperluan penting seperti sedikit wang tunai, kad pengenalan diri, gincu bibir dan haruman bersaiz kecil. Barangan lain tinggalkan saja di dalam kereta atau di rumah.
Buatlah pilihan yang tepat dengan memilih tas tangan yang memiliki tali berkualiti tinggi, kuat, tidak mudah putus dan paling utama boleh disangkutkan atau diselimpang di bahu anda.
Ciri-ciri seperti penutup tas tangan yang menggunakan butang dan zip penuh perlu diambil kira supaya tidak mudah tangan orang asing menyeluk tas tangan anda ketika diri sedang asyik menikmati rentak irama atau berbual sakan.
Kalau boleh, gunakan kelebihan tali tas tangan yang panjang untuk diselimpangkan di bahu supaya anda lebih yakin akan keselematan barang berharga di dalam tas tangan.
Bagi yang memilih clutch, buatlah pilihan yang tepat dengan menggayakan clutch mudah dilihat seperti daripada warna cerah, neon, rekaan batu permata 'bling-bling' atau studded dan paling utama memiliki tali pemegang untuk di sarungkan dipergelangan tangan.
Pastinya, lenggok dan persona anda ketika menikmati malam pesta akan lebih bergaya dan selamat tanpa sedikitpun merasa runsing dengan penyeluk saku atau toyol berkepala hitam.
Untuk melihat pilihan tas tangan dan clutch sesuai untuk ke pesta muda mudi, gedung beli-belah online Zalora Malaysia ada jawapannya. Bukan sahaja cantik dan bergaya, malahan juga murah.

















.jpg)
.jpg)
.jpg)
