Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista
Instagram: stailista
KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2012: Tanggal 22 September ini bakal melakar satu lagi sejarah bermakna apabila hampir 20 ribu lautan manusia berpakaian serba merah jambu bakal berhimpun bagi menjayakan kempen memerangi kanser payu dara anjuran jenama kosmetik Avon.
Lebih istimewa lagi apabila barisan selebriti jelita seperti Neelofa, Scha Al-Yahya, Soo Wincci, Dynas Mokhtar, Linda Jasmin dan tidak ketinggalan Dato Fazley serta Que Haidar akan turut menyertai kempen besar-besaran tersebut.
Bakal diadakan di Presint 3, Putrajaya bermula jam 7 pagi, kempen besar-besaran itu terbuka kepada orang ramai dengan bayaran pendaftaran minimum iaitu sebanyak RM40 bagi sama-sama membantu dan memberi harapan kepada pesakit kanser payu dara dikalangan wanita itu.
Dengan wang pendaftaran berkenaan, peserta bukan sahaja dapat menyertai pesta jalan kaki berkenaan malahan akan diberikan goodies menarik yang berisi kemeja-T merah jambu, bandana, beg, kipas, baucer rebet barangan Avon, menyertai cabutan bertuah dan hadiah misteri lain.
Malah inilah peluang keemasan untuk beramah mesra dengan selebriti popular tempatan selain mendekati duta Avon, Neelofa dan memiliki produk keluaran jenama kesukaan ramai wanita seluruh negara itu.
Untuk menyertai anda hanya perlu mendaftarkan di mana-mana butik kecantikan Avon bermula 10 septermber lalu hingag 21 September ini atau layari laman web www.hooha.asia untuk keterangan lanjut.
Inilah peluang keemasn untuk anda menderma, beramal serta berhibur dalam sebuah program penuh bermakna lagi menyihatkan badan.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
