Aktres Sharifah Shahora Dapat Anak Perempuan Lagi

berita | Tempatan

Aktres Sharifah Shahora Dapat Anak Perempuan Lagi

addthis kongsi icon

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2012: Tidak pernah dikhabarkan mengandung, tiba-tiba saja pelakon Sharifah Shahora mengumumkan dia baru saja menimang cahaya mata kedua hari ini.

Apa yang pasti, Sharifah Shahora yang mudah disapa dengan nama Shora memberitahu bayi perempuan itu bukanlah anak kandungnya tetapi anak angkat kedua untuknya bersama suami, Raja Mukhriz.

"Nama bayi ini adalah Puteri Fiezreen. Dia anak angkat kami kedua. Kami baru saja menerimanya daripada pasangan yang datang dari keluarga yang susah. Kami tidak mengenali keluarga yang berikan anak itu. Kami kenal mereka menerusi kenalan saya yang juga seorang jururawat.

"Sebulan sebelum melahirkan anak ini, pasangan ini telah mengambil keputusan untuk memberikannya kepada sesiapa saja yang berminat," katanya kepada murai.com.my.

Selepas menerima kiriman SMS itu, Shora bersetuju untuk menjaga bayi berkenaan sepertimana dia menjaga anak sulungnya bernama Puteri Fiedra, 4, yang juga seorang lagi anak angkatnya.

"Sementara menunggu saya mengandung anak sendiri, apa salahnya saya menjaga anak ini seperti anak saya. Lagi pun, anak sulung saya sudah besar dan sangat menginginkan adik. Sepatutnya, saya mula menjaga bayi ini pada 19 September depan, tetapi saya gembira dia hadir dalam keluarga saya awal. Bayi ini baru saja berusia 5 hari dan kulitnya masih merah lagi.

"Menurut ibu bapa anak ini, mereka rasa baik berikannya kepada saya kerana sedikit sebanyak mereka boleh tahu perkembangan anak mereka menerusi cerita dan perkembangan terbaru saya di media tempatan," jelasnya.

Shora dan Raja Mukhriz mendirikan rumah tangga 26 Oktober 2008.

Komen-Komen | 6

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





semoga kebaikan shora diberkati Allah swt.. mana tau lepas ni, shora pula mengandung.. insyaAllah.
cik cun - 13-Sep-2012

dania bodoh..kau la tah pape
halimah j - 13-Sep-2012

alhamdulillah...sekurang2nya nasib anak tu terbela....kurang satu kes buang bayi....didik lah anak tu elok2...tahniah shora...
moon - 13-Sep-2012

besar pahala memelihara umat nabi muhamad s.a.w..pedulikn mulut jht org..moga kak shora murah rezeki n panjg umur..amin..
bearbear - 12-Sep-2012

takpe lah sekurang - kurangnya ada yg nk jaga baby tu. moga pahala dihitung Allah. bukan manusia. moga Shahora dapat jadi ibu yang baik. orang yg mengata belum tentu mampu buat apa yg dia buat
mama - 12-Sep-2012